`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, January 15, 2013

Ganguan bekalan air di Seksyen 2 Wangsa Maju


Ganguan bekalan air di Kawasan Seksyen 2 di Wangsa Maju
Ganguan bekalan air di Kawasan Seksyen 2 di Wangsa Maju
Updates jam 10:50 malam 15-1-2013: Kami baru dimaklumkan oleh pegawai Syabas Gombak, En Rahmat, bahawa pihak Syabas memulakan kerja mengorek di Lebuh Raya MRR2 pada jam 8:30 malam tadi kerana kerja tersebut tidak dapat dilaksanakan pada jam 5 petang tadi diatas alasan “heavy traffic”.  Kami juga dimaklumkan bahawa kedudukan paip utama tersebut agak dalam. Sepatutnya kontraktor Lebuh Raya MMR2 berkerjasama dengan Syabas untuk “relocate” pipe tersebut semasa membina lebuh raya tersebut. Dalam keadaan ini, kami percaya kemungkinan besar kerja membaikpulihkan paip tersebut tidak dapat disempurnakan pada jam 12 malam ini. Walaubagaimnapun, kami akan updates dengan maklumat terkini selepas mendapati maklumat terbaru. Bagi pihak penduduk-penduduk di kawasan berkenaan, kami mengucapkan terima kasih kepada En Rahmat diatas berkerjasama dengan kami.  Sekian, terima kasih.
Dukacita dimaklumkan bahawa tiada bekalan air di Seksyen 2 dan sekitar kawasan Seksyen 2 di Wangsa Maju.  Kami telah dimaklumkan oleh pihak Syabas bahawa ada berlaku paip utama pecah di Lebuh Raya MRR2 berhampiran Taman Melati pada lebih kurang jam 5 petang tadi.   Kerja baik pulih sedang dilakukan oleh pihak Syabas dan keadaan kembali pulih dijangkakan pada jam 12.00 malam ini. Kami akan berhubung dengan pihak Syabas dan memaklumkan perkembangan terkini melalui updates di sini.
Bagi pihak penduduk-penduduk di kawasan berkenaan, kami berharap pihak Syabas dapat membaik pulihkan paip utama tersebut dengan secepat mungkin.
Sekian, terima kasih
Wee Choo Keong

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.