`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, January 29, 2013

Kantoi! Pemimpin PAS Mengaku Miliki Mahligai Mewah....



Pendedahan berkenaan sebuah mahligai mewah milik pemimpin Pas sebelum ini [klik sini] terjawab apabila pemimpin Pas yang didakwa akhirnya mengaku bahawa kediaman mewah itu adalah miliknya.

Dato' Fauzi bin Shaari yang juga bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman telah membuat kenyataan dan pengakuan itu dilaporkan oleh Akhbar Sinar Harian edisi Perak di muka hadapan keluaran hari ini (29/01/2013).



Menurut laporan Sinar Harian, hasil kekayaan untuk membina mahligai mewah itu datangya daripada tabungan ketika berkhidmat di dalam kerajaan dan hasil penjualan dua buah rumahnya sebelum ini. 

Wang simpanan isteri dan pemberian dana oleh empat orang anaknya turut digunakan untuk pembinaan itu.

Fauzi turut mengaku memang ada tunjuk perasaan oleh penduduk kawasan bagi membantah pembinaan mahligai itu. Namun beliau tidak mengendahkan bantahan itu, sebaliknya tetap meneruskan pembinaanya.

Bantahan dibuat berikutan pembinaannya terletak di kawasan riadah penduduk di situ. Lokasinya juga tidak sesuai kerana terlalu hampir dengan Masjid Negeri dan sebuah hotel terkemuka.

Yang menghairankan, Fauzi gagal untuk mendedahkan jumlah nilai kos yang digunakan untuk membina mahligai itu. Sudah tentu rakyat mahu tahu berapa jumlahnya.

Jika beliau telus dan jujur, tiada apa yang perlu dirahsiakan. Dengan hanya memberi alasan tanpa bukti kukuh sudah pasti akan mengelirukan rakyat. Rakyat tidak boleh 
ditipu!

Fauzi mendakwa kononnya mahligai itu baru sahaja disiapkan selepas tertangguh lama. Kenapa rumah itu hanya dapat disiapkan sepenuhnya selepas beliau menyertai PAS???

Selain itu juga, Fauzi tidak perlu lari daripada menjawab soalan berkenaan jumlah imbuhan yang diterimanya untuk berceramah. Sikap mendiamkan diri, akan menguatkan lagi dakwaan dan spekulasi kononya beliau menerima RM15,000 setiap kali berceramah.

Adakah dengan tidak menyatakan jumlah imbuhan itu bertujuan untuk tidak mengecilkan hati penceramah-penceramah yang lain? Ini kerana penceramah seperti Abby Abadi hanya mendapat sekitar RM2,500 sahaja?

Jadi, Fauzi perlu menjawab keseluruhan persoalan bagi membuktikan dirinya seorang pegawai yang bersih dari rasuah sepanjang perkhidmatan di dalam pasukan polis dan bukan penceramah mata duitan.

Rakyat juga mahu tahu, adakah wang imbuhan yang dibayar oleh PAS untuk berceramah turut digunakan untuk menyiapkan pembinaan mahligai mewah itu?

Ini kerana, umum percaya bahawa hasil wang derma dalam ceramah PAS digunakan untuk membayar penceramah?

-Shah Alam Rebels

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.