`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, January 30, 2013

KENAPA PANDIKUTI TIDAK DIPANGGIL RCI?


Saudara Pengarang,
SEORANG warga India memperolehi kerakyatan Malaysia dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan hanya menggunakan akuan bersumpah (SD) palsu, demikian Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang Sabah di Sabah, diberitahu kelmarin.

Nur Mohd Ibrahim, yang berasal dari Tamil Nadu, India, berkata beliau datang ke Sabah pada tahun 1981 dan tidak lama selepas itu, dia memohon kad pengenalan biru atas gesaan rakan-rakannya dari Filipina di sebuah restoran.
Bagaimanapun, permohonan pertamanya yang menggunakan SD palsu telah ditolak.

Pada tahun 1983, dia mencuba nasib sekali lagi, dengan menggunakan kaedah yang sama dan kemudiannya mendapat kad pengenalan biru. Ini adalah hanya dua tahun selepas dia menjejakkan kaki di bumi Malaysia.

SD itu menyatakan bahawa Nur Mohd dilahirkan di Kinarut, Papar. Nur Mohd memberitahu siasatan RCI bahawa dia didaftarkan sebagai pengundi pada tahun 1991 - lapan tahun selepas menjadi warganegara Malaysia. Menurutnya, dia telah mengundi sebanyak empat kali bagi kerusi DUN Likas.

Apabila disuruh menyanyikan lagu kebangsaan, Nur mengatakan beliau tidak tahu. Beliau juga tidak tahu siapa Ketua Menteri Sabah pada masa ini.

Nur menjelaskan bahawa mengapa Nasir Bin Yusof @ Latif yang membeli IC tidak disoal siasat dahulu daripada beliau yang sudah lama mempunyai Mykad. Beliau mengatakan Latif membantu ramai orang mendapatkan mykad dengan bayaran tertentu.

Untuk pengetahuan pembaca, Nur ini agak terkenal di kalangan pembaca Sabahkini.net kerana kerakyatan beliau pernah diragui sebelum ini seperti di artikel bertajuk Skandal '3 Keling' Pandikutty Di Sabah; '3 Keling'; Kembalikan IC Dan Berambus; Boikot DPPIMS Dan Kimma Jika Lindungi 'Keling'.

Pada tahun 2001, Mahkamah Pilihan Raya memutuskan bahawa kemenangan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Yong Teck Lee di Likas, batal dan tidak sah kerana terdapat pendatang tanpa izin dalam daftar pemilih.

Yong memenangi kerusi itu dalam pilihan raya negeri Sabah 1999 dan keputusan telah dicabar oleh dua calon yang kalah.

Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Datuk Muhammad Kamil Awang, yang mendedahkan beliau mendapat tekanan dari pegawai atasannya untuk menolak permohonan tersebut, berkata dalam penghakimannya bahawa contoh bukan warganegara dan pengundi hantu dalam daftar pemilih seperti yang didedah dalam perbicaran tersebut mungkin hanya sebahagian kecil sahaja daripadanya.

Apabila ditanya oleh pemberita, Nur menjelaskan bahawa beliau tidak salah jika dibandingkan dengan orang yang membeli IC sepajang tahun lepas. Beliau hairan RCI tidak memanggil seorang pun daripada mereka.

Manakala Nur akan dipanggil lagi memberikan keterangan oleh RCI.

Sekian, Salam Hormat,

SITTA DEWI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.