`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, January 7, 2013

Ketua Polis Selangor Kesal Tarian Seksi di Majlis Malam Mesra JSJ, IPPD Shah Alam



Ketua Polis Selangor. Datuk Tun Hisan Tun Hamzah

Semalam facebook kecoh apabila tersebarnya gambar Majlis Malam Mesra, "Sekalung Budi,Segunung Intan" JSJ IPPD Shah Alam yang berlangsung di Intekma Shah Alam pada 4 Januari 2013. Gua sengaja biarkan dahulu kerana tidak mahu menyebar fitnah. Maklum sahaja banyak manusia hebat boleh memanipulasi gambar dan internet untuk menyebar sesuatu yang tidak baik.

Tetapi kini bukti sudah ada maka gua siarkan untuk pengetahuan semua yang sudi membaca. Sambil memikirkan keadaan sebenar dalam negara kita. Ini adalah majlis untuk penguatkuasa undang-undang dalam negara. Jika di majlis penguatkuasa undang-undang pun mereka berani mendedahkan perangai buruk mereka dan tidak menghormati pihak polis apatah lagi di kelab-kelab malam dan disko yang bertebaran di seluruh pelusuk negara.

Memang patut KP Selangor mengambil inisiatif menghukum mereka yang terbabit. Penganjuran sedemikian adalah penghinaan kepada pihak polis kerana menggambarkan seolah-olah polis menyokong kemungkaran. Sangat memalukan apabila Jabatan Siasatan Jenayah disajikan dengan hiburan yang nyata tidak bersesuaian dengan prinsip moral dan peradaban yang diamalkan di Malaysia.

- wasukalu

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.