`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, January 7, 2013

PANAS! 'Sisa Buangan Hotel' Jadi Santapan Rumah Kebajikan?



Tak lama lagi, akan beredar di rumah anak yatim seluruh negara, bahan sisa dari hotel mewah yang hanya beberapa ketika sahaja untuk luput penggunaannya.

Itulah yang dilakukan suami perdana menteri, Rosmah Mansor yang mencadangkan agar Program Roti 1Malaysia diperluas untuk meliputi pusat pendidikan awal kanak-kanak PERMATA naungannya.

"Saya ingin merayu dan mencadang untuk pertimbangan program Roti 1Malaysia – mungkin anda boleh pertimbang secara serius untuk memperluas program ini ke semua pusat PERMATA kami di seluruh negara," katanya semasa pelancaran program tersebut di Kuala Lumpur hari ini.

Program Roti 1Malaysia merupakan usaha untuk mengumpul roti lebihan daripada hotel mewah untuk diagihkan ke badan kebajikan, rumah kebajikan dan golongan memerlukan.

“Pastikan roti dan croissant ini sampai kepada anak-anak ini, sebab saya tidak fikir anak-anak daripada pusat PERMATA pernah mengecapi croissant.

"Jadi tolonglah beri mereka peluang untuk merasai croissant – bukan sahaja anak-anak di rumah (jagaan) tetapi juga di pusat PERMATA," katanya.

Croissant merupakan pastri dengan lapisan mentega berbentuk bulan sabit.


Pelancarannya dilakukan di sebuah hotel mewah di Cyberjaya sebentar tadi.

- Jalan Pulang

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.