JIKA semalam laman web Timbalan Presiden KEADILAN, YB Azmin Ali berjaya digodam (hacked) rujuk sini Web Azmin Ali oleh individu yang dipercayai menyokong Pakatan Rakyat, kali ini nampaknya giliran laman web rasmi Parti Islam, PAS pula menjadi sasaran.
Penggodam meninggalkan mesej yang sama seperti semalam, iaitu memperkenalkan diri mereka sebagai SGP Cyber Army, dan memberi amaran kepada pimpinan Pakatan Rakyat terhadap keselamatan laman web dan serangan cyber pihak lawan dari Barisan Nasional yang lebih canggih dan berkepakaran tinggi menjelang Pilihanraya Umum ke 13.
Di bawah ini screenshot yang diambil dari laman web rasmi PAS, pas.org.my.
Barangkali selepas ini, lebih banyak laman web milik Pakatan Rakyat sendiri akan digodam oleh penggodam-penggodam ini untuk menguji tahap keselamatan laman web mereka.
Ini menunjukkan masih banyak kelemahan pada sistem keselamatan laman web ini.
- milosuam
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.