`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, January 4, 2013

MADU DI TANGAN KANANMU!




Oleh : LOPUNG

SEMAKIN hari kita merasakan bahawa wang adalah segalanya. Tanpa wang, tidak sempurna kehidupan kita. Makanan, minuman, keperluan harian, kehendak diri dan anak-anak ke sekolah; semuanya memerlukan wang. Ada antara kita yang mengalami tekanan kerana tidak mempunyai wang yang cukup.

Penduduk desa juga tidak terkecuali kerana mereka tidak mempunyai pendapatan tetap untuk menampung hidup. Harga getah yang tidak menentu adalah sangat membebankan mereka. Ramai belia datang ke Semenanjung untuk mencari pekerjaan kerana gaji di sabah sangat murah berbanding Semenanjung.
Untuk memperbaiki kehidupan dan menambah pendapatan adalah dengan berniaga. Tapi berniaga apa? Tiada modal, tiada kemahiran. Menternak ayam kampung? Sudah tentu memerlukan modal dan penjagaan yang rapi.

Menanam sayur? memang sukar untuk membahagi masa kerana terikat dengan kerja harian, boleh pun hanya untuk keperluan sendiri. Jual kuih atau makanan? boleh tapi memerlukan kepakaran dalam resepi supaya sedap dan digemari. Pulangan juga hanya sedikit namun masih mampu memberi sumbangan kepada keluarga.

Apa yang saya fikirkan paling sesuai adalah dengan menternak lebah madu. Kenapa? ianya mudah dan memberi pulangan yang banyak. Lebah tidak perlu dijaga, mereka boleh mencari makanan sendiri. mereka hanya memberi kita makan. Bagaimana caranya?

Makanan yang sesuai untuk lebah adalah pokok rambutan, pokok petai belalang, mangga,durian,kopi,pokok kenaf,jagung,gajus,pokok jati,longan,petai, nenas,kekabu dan gelam. Seandainya kita ada satu ekar atau setengah ekar pun sudah cukup untuk menternak lebah madu.

Apa yang paling penting adalah kedudukan sarang yang dibuat adalah jauh dari hiruk pikuk dan bising. Di kawasan desa sangat sesuai dan yang penting suhu dalam lingkungan 26-30 darjah celcius. Mustahil tiada pokok atau tumbuhan yang dinyatakan berada di selitar kawasan kampung terutama di kebun-kebun persendirian.

Kalaulah semuanya tiada, pokok getah juga salah satu sumber makanan lebah madu. Letak saja haif atau rumah lebah di kawasan kebun getah. Ini berdasarkan kepada kajian dan maklumat daripada sumber yang dipercayai. Mustahil pokok getah tidak ditanam di kampung kerana inilah penghasilan warga desa.

Paling ideal untuk menternak adalah sebanyak 100 haif atau orang bilang 100 rumah. Lagi banyak haif, lagi banyak pendapatan. Kos operasi atau permulaan adalah hanya sekitar RM 300 sehingga RM 500 untuk membeli keperluan dan alat-alat menuai.

Jadi kepada warga desa yang berhijrah ke bandar; bolehlah mengusahakan penternakan lebah madu ini dan kita cuma melawat ladang dua kali sebulan iaitu hari sabtu dan sambil menjenguk keluarga di kampung. Begitu juga dengan warga desa; selepas menoreh setengah hari, petang boleh menjenguk ladang. Daripada tanah terabai begitu sahaja, adalah lebih baik buat sarang lebah madu.

Pendapatan bagaimana, lumayankah? Ada pengusaha yang mengatakan satu haif atau rumah boleh mengeluarkan 10 kg madu sebulan. Jika ada 100 haif; kita memperolehi 1000 kg sebulan. Madu boleh dituai 3 kali setahun. Jumlah madu bergantung kepada sumber makanan dan penjagaan yang sangat mudah.

Ada juga pengusaha mengatakan 3 kg sekali tuai bagi satu haif, maksudnya tuaian pertama. Bagi harga borong sekilo adalah berharga rm 50. Cuba kita kira yang paling rendah, iaitu 3kg satu haif x 100 haif yang kita miliki; di mana 300kg x RM 50 (harga borong). Jumlah pendapatan adalah sebanyak rm 15,000 selama tiga bulan. Purata sebulan sebanyak RM 5,000.

Berbaloi tidak? Dengan hanya menghabiskan masa dua kali sebulan untuk melawat ladang lebah, dan kita dapat duit sampingan rm 5,000 sebulan. Selain dari itu, kita boleh melawat keluarga di kampung dan mengeratkan lagi kemesraan.

Marilah kita sama-sama merebut peluang ini kerana tiada yang mampu mengubah nasib kita melainkan kita sendiri yang harus mengubahnya. Peluang sudah terhidang dan terpulang kepada anda untuk merebutnya.
Kursus untuk ini hanya menghubungi KPD (Koperasi Pembangunan Desa) dan anda akan mahir dalam proses-proses ini. Baka juga boleh diperolehi dari penternak lebah dan boleh minta info daripada internet atau KPD sendiri.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.