`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, January 6, 2013

Menakutkan orang Melayu. Senjata terakhir Najib


oleh: Mat Untung

Ayat biasa yang keluar daripada mulut pemimpin Umno ialah Umno tumbang Melayu merempat.Dalam masa yang sama puak ni pulun habis-habisan rembat tanah dan projek.Melayu di kampung-kampung dan bandar yang tak celik hanya dapat dua tiga puluh RM upah baling batu,buat honar dan kacau ceramah parti lawan.Lebih pada tu tak ada apa.
Mari kita baca apa kata PM Najib sebagai pesanan terakhir Najib kepada askar Melayu dan yang dah pencen.Ada macam cuba menakut-nakutkan askar Melayu walaupun diri sendiri takut jawab isu yang kini hangat diperkatakan iaitu pendedahan Deepak kes pembunuhan Altantuya dan kes projek RM100 juta Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) yang diberikan kepada syarikat Ketua Wanita Umno Selangor dan syarikat buat berus gigi seperti yang didakwa Rafizi Ramli Pengarah strategik PKR.

Berucap ketika merasmikan persidangan perwakilan PBTM ke-87 dan Sumbangan Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Najib berkata “Siapa boleh jamin masa depan kita, siapa boleh menjamin kelangsungan Rejimen Askar Melayu Diraja tanpa kerajaan yang ada hari ini, tepuk dada tanya selera.
“… Dan inilah sebenarnya mengapa kita berjuang, mengapa kita meletakkan ‘nyawa kita dihujung tanduk’ sebagai para perajurit yang telah berjuang selama ini, sebab itulah negara terhutang budi pada anda semua,” katanya.Baca di sini.
Rakyat bukan nak dengar Najib takut-takutkan orang Melayu dan askar pencen.  Rakyat nak dengar penjelasan Najib kes yang dibongkar Deepak dan skandal Puspahanas.Pandai ya takut-takutkan rakyat.Jangan nak corner-corner!
- media perak

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.