Kami baru sahaja memperolehi berita hot yang ingin kami berkongsi dengan para pemimpin UMNO khususnya pemimpin UMNO di peringkat cawangan dan peringkat bahagian, serta pembaca tegar blog Pirates of Putra Jaya ni.
Pertama sebelum itu, kami ingin meminta maaf kepada Dato Seri Najib, Datin Seri Rosmah dan kerabat masing masing. Maaf kerana kami terpaksa menyinggung perasaan hati bekas bos dan rakan rakan sekerja. Maaf kerana posting yang kami keluarkan setelah setahun jagung kami menjadi bloggers telah menyakitkan hati tuan tuan dan puan puan. Kepada Tn Hj. Shahlan, kami akan cuba meminta maaf secara peribadi selepas berlangsungnya PRU 13.
Kami nak minta maaf bukan kerana kami telah mengusahakan blog ini yang sedikit sebanyak mengkritik pentadbiraan Dato Seri tetapi kerana kami gagal untuk menyedarkan Dato Seri dan Datin Seri supaya tidak memandang remeh terhadap tanggung jawab besar yang dipikul. Akan tetapi, segala usaha kami sia sia sahaja kerana seteru politik Dato Seri sudah pun dinobatkan sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri(tak rasmi).
Bagi pembaca POP yang terdiri dari mereka yang duduk semeja di majilis tertinggi UMNO, kerabat terdekat Tun Dr Mahathir serta beberapa orang lain (jenis yang pakai cermin mata gelap didalam bilik lah - if you get what I mean) ,(kita panggil group ni mafia council) tak payahlah saya nak menerangkan camana proses ini telah pun berlaku. Tetapi bagi pemikir politik dari Jerantut, usahawan kontraktor Petronas, budak jambu, bloggers-bloggers picisan (bkn bloggers elit yang ada kabel mereka tersendiri) serta pembaca lain, khususnya di peringkat cawangan dan bahagian, mungkin masih terpingga pingga dan tidak mengetahui bagaimana proses peralihan kuasa ini telah pun berlaku.
Maka demi kamu, pembaca tegar Pirates of Putrajaya yang kami kasihi, kami akan menerangkan supaya tuan puan memahami pekara ini dengan lebih mendalam.
Pertama, kes Deepak inilah yang telah menyedarkan "the Don" bahawa Najib membawa liabiliti kepada parti. Don telah mengarahkan Najib untuk berehat diluar negara sementara beliau bersama mafia council memikirkan langkah terbaik untuk mengatasi masalah tersebut. Di dalam perjumpaan tersebut, akhirnya mereka mencapai kata sepakat untuk "memboikot Najib sampai mati" . Ini bermaksud Najib akan dipinggirkan dan mafia council ini akan membuat segala keputusan bagi pihak Najib. Jikalau Najib membantah, maka mereka akan bersatu meminta Najib membersihkan diri demi parti.
Kedua, mereka akan memperkenalkan Tan Sri Muhiyiddin sebagai de fakto PM secara halus. Program yang membabitkan Tan Sri Muhiyiddin akan menerima liputan media yang meluas dan TSMY akan berkunjung ke merata negara untuk menyelia persiapan parti menjelang PRU. Disitu orang UMNO yang memang pandai membaca daun akan sedarlah bahawa TSMY kinilah "the goto man." Istilah calon winnable yang telah menyebabkan terjadinya kekeliruaan di dalam parti akan digugurkan dan mafia council nilah yang akan menentukan siapa bakol dicalonkan kelak.
Ketiga, hubungan diantara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri Sarawak yang tercalar ketika berlangsungnya Pilihanraya DUN Sarawak ketika 2011 akan dipulihkan secara peribadi oleh "the Don". Kuasa muthlak akan diberi kepada Pehin Sri Hj. Abdul Taib Mahmud untuk menentukan calon-calon kelak.
Walaupun mereka sudah mula melakarkan proses peralihan kuasa ini, mungkin ada beberapa rintangan yang bakal dihadapi tetapi mereka amat yakin dengan tunjuk ajar "the Don" untuk menyelesaikan masalah kecil yang bakal timbul.
Keempat, mereka amat berang dengan blog Pirates of Putra Jaya kerana tidak menurut arahan yang diberi kepada bloggers lain supaya menutup cerita berkenaan skandal Deepak ini. Disini kami berharap biarlah kami dengan blog ini yang umpama pulau kecil di perairaaan Sakmongkol. Kami tidak bermusuh dengan mu dan tujuan kami mewujudkan blog ini bukan untuk menaikkan Tan Sri Muhiyiddin.
Ikutlah segala nasihat "the Don" menghadapi saat genting ini. Bah kata Spiderman.
"There are bigger things happening here than me and you."
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.