`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, January 7, 2013

Orang Melayu akan sabotaj MIC di Kota Raja


Sentimen orang Melayu di kawasan ini mereka mahu orang Melayu yang bertanding kerusi parlimen Kota Raja.
PETALING JAYA: Orang Melayu akan sabotaj jika BN meletakkan calon MIC di Parlimen Kota Raja dalam pilihanraya umum ke 13, kata bekas ketua Umno bahagian,  Datuk Amzah Umar.
“Sentimen orang Melayu di kawasan ini mereka mahu orang Melayu yang bertanding kerusi parlimen Kota Raja.
“Jika BN meletakkan calon MIC, orang Melayu akan tolak…jika PKR meletakkan calon Melayu, orang Melayu akan mengundi PKR.
“Inilah isyarat yang saya terima dari orang Melayu serta NGO-NGO Melayu di parlimen Kota Raja. Sentimen orang Melayu di sini kuat.
“Orang Umno pula bertanya-tanya mereka Umno dapat satu kerusi, manakala MIC dapat dua kerusi termasuk kerusi parlimen,” katanya yang dihubungi hari ini.
Pada pilihanraya umum 2008, MIC bertanding dua kerusi iaitu parlimen Kota Raja dan DUN Seri Andalas. Kerusi parlimen dimenangi calon PAS, Dr Mariah Mahmud setelah mengalahkan calon MIC S. Vigneswaran  dalam pilihanraya umum 2008 manakala Seri Andalas oleh Dr Xavier Jeyakumar.
Manakala Umno yang bertanding di DUN Seri Muda kalah kepada calon PKR, Suhaimi Shafie.
Amzah yang juga bekas Adun Seri Muda menegaskan statuo quo meletakkan calon MIC bertanding dua kerusi – parlimen Kota Raja dan Seri Andalas – tidak boleh diterima oleh orang Melayu.
Umum calon awal
“Perkara ini tidak pernah berlaku di mana-mana kawasan lain di mana MIC mendapat kerusi parlimen dan kerusi negeri manakala Umno hanya satu kerusi DUN.
“Jadi di sini (Kota Raja) kita mahu kerusi parlimen dan Seri Muda diberikan kepada Umno, manakala kerusi DUN Seri Andalas untuk MIC,” tambah beliau lagi.
Dalam perkembangan berkaitan, Amzah berkata, BN perlu mengumumkan calon mereka sekarang yang akan bertanding di Kota Raja.
Katanya, ia bertujuan untuk memberitahu kepada orang ramai mengenai calon yang terpilih untuk bertanding di kawasan masing-masing.
“Pengumuman calon ini penting kerana pengundi atas pagar mahu melihat calon terlebih dahulu sebelum mereka membuat pilihan.
“Masalah dalam Umno ialah jika mengumumkan calon awal ada pihak yang akan melakukan sabotaj.
“Tetapi jika calon itu digemari semua orang, masalah ini tidak akan berlaku. Yang menjadi masalah jika calon itu hanya popular di kalangan parti mereka sahaja.
“Kita mahu calon yang diterima semua orang, bukan sekadar 20 atau 30 peratus dalam parti,” tambah Amzah lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.