`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, January 28, 2013

Pakatan rancang konvensyen khas menjelang PRU13, lancar manifesto


SHAH ALAM - Susulan kejayaan menganjurkan Himpunan Kebangkitan Rakyat awal bulan ini, Pakatan Rakyat (PR) sedang membuat persiapan untuk mengadakan konvensyen kebangsaan, dijangka selepas sambutan Tahun Baru Cina atau awal Mac ini, antara lain membentangkan intipati manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Tarikh tepat dijangka diputuskan pada mesyuarat PR minggu ini.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, konvensyen kali ini akan mengetengahkan dasar dan program PR kepada rakyat menjelang PRU13.

"Pertemuan ini akan digunakan sebagai peluang untuk memberi gambaran awal mengenai manifesto Pakatan," kata beliau ketika dihubungi.

"Tarikh belum dipastikan, tetapi selepas sambutan Tahun Baru Cina, atau awal Mac," katanya sambil menambah, konvensyen itu akan memainkan peranan sebagai "platform membuka prakempen pilihan raya."

"Agenda utama adalah manifesto PRU kami," katanya.

Kali terakhir konvensyen PR berlangsung adalah dua tahun lalu di Pulau Pinang.


Dalam pada itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, pihaknya akan mengadakan konvensyen kali ini di Shah Alam.

PR pernah mengadakan konvensyennya di Shah Alam pada Disember 2009.

"Ini susulan kepada kejayaan Himpunan Kebangkitan Rakyat. Memandangkan himpunan 12 Januari berjaya, kami memutuskan untuk mengadakan satu konvensyen.

"Konvensyen ini lebih tertumpu kepada pendekatan politik Pakatan, antaranya manifesto," kata beliau lagi.

Katanya, Himpunan Kebangkitan Rakyat menyaksikan penampilan pemimpin-pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan pemimpin PR sendiri.

"Tetapi kali ini, saya rasa pada akhir Februari atau awal Mac, konvensyen ini akan menampilkan kepimpinan PR sebagai persediaan akhir menghadapi PRU13," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.