`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, January 28, 2013

PELAN PEMBANGUNAN SUKAU MASIH BERCELARU




SEMANGAT…Saddi bersama sama murid-murid dan ibubapa melaungkan 3 kali Hidup BN, Hidup UMNO!.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

SUKAU : AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau Datuk Saddi Abdul Rahman menegaskan sistem pentadbiran tidak tersusun melibatkan kawasan pesisir pantai di DUN Sukau menimbulkan kesulitan kepada pihaknya untuk menyelaras pembangunan prasarana dengan lebih baik dan efisen.

Menurut beliau, beberapa buah perkampungan persisiran pantai di bawah tadbir Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) manakala di sepanjang tanah dataran pula ada di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Kinabatangan.
Lantaran pentadbiran di kawasan ini terbahagi kepada dua pada hal perancangan dilakukan sekarang ini seperti mana termaktub dalam kerangka pembangunan Pekan Baru Sukau ingin bergerak maju seiring dengan kemajuan menjelang Wawasan 2020.

“Saya tidak akan duduk diam berhubung perkara ini, malah terus berusaha bagi memastikan kita mentadbir daerah sendiri. Inilah yang saya akan perjuangkan jika saya dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum ke 13 (PRU-13) nanti."

Saddi berkata demikian ketika berucap di majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan 2013 yang diadakan di Dewan Serbaguna Sekolah Kebangsaan (SK) Maumiang, dekat sini, kelmarin.

Selanjutnya Saddi berharap agar Kerajaan Negeri memikirkan usaha untuk menstruktur semula Sukau demi mempastikan perkhidmatan jabatan dan agensi kerajaan yang sedia ada dapat menyelaraskan perkhidmatan masing-masing.

Saddi mengambil contoh, tidak lama dahulu apabila berlaku sedikit kesulitan kerana pesisir pantai di bawah pentadbiran pihak lain; sedangkan kalau dikaji adalah lebih baik bidang kuasa pentadbiran dilaksanakan sendiri oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), khususnya pejabat Daerah Kinabatangan.

Bagaimanapun Saddi yakin dan percaya, matlamat menjadikan Sukau sebagai pekan baru dan memiliki pentadbiran sendiri akan menjadi kenyataan asalkan pihak kerajaan mengambil perhatian terhadapkerangka pembangunan sedia ada.

Sementara itu saddi menjelaskan bantuan sebanyak RM100 kepada pelajar di seluruh Negara membuktikan kerajaan BN amat menitikberatkan soal kebajikan rakyat apatah lagi melibatkan golongan yang kurang berkemampuan khususnya yang berpendapatan rendah.

Ibubapa seharusnya bersyukur dengan bantuan yang disalurkan oleh kerajaan kerana bukan setakat Bantuan Awal Persekolahan sahaja di berikan, bahkan banyak bentuk dan pelbagai jenis bantuan untuk membantu rakyat sudah dilaksanakan. Inilah keikhlasan kerajaan BN/UMNO untuk menaik taraf kehiduipan rakyatnya,” ujar Saddi.

“Parti pembangkang hanya seperti PKR/PAS, SAPP dan STAR hanya tahu menafikan dan membuat fitnah terhadap usaha kerajaan BN termasuk para pemimpin kerajaan yang menjalankan tanggungjawab bertungkus lumus membantu rakyat sejajar dengan slogan Janji Ditepati,” tambahnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.