`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, January 28, 2013

SEMUA PROJEK KKLW DIPANTAU RAPI





SEMPORNA: Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata setiap projek di bawah kementerian itu dipantau rapi bagi memastikan pelaksanaannya berjalan seperti dirancang.

Beliau berkata unit khas yang diwujudkan untuk melaksanakan tugas pemantauan itu akan mengemukakan laporan dan cadangan tindakan supaya setiap projek mencapai matlamatnya iaitu demi kesejahteraan rakyat.
"Kadang-kadang ada syarikat yang gagal mengambil tindakan untuk memastikanprojek bekalan air dapat disiapkan lojinya. Ada satu syarikat yang saya sudah batalkan (projeknya) tahun lalu kerana gagal menyelesaikan (projek) meskipun sudah diberi banyak amaran.

"Kita melantik syarikat penyelamat yang ada pengalaman untuk mengatasi masalah pelaksanaan bekalan air itu. Itulah beberapa langkah yang kita lakukan. Pemantauan, dan sekiranya mereka tidak mampu, kita tamatkan (kontrak) dan diganti dengan syarikat lain," katanya.

Shafie berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program pemberian bantuan elaun sara hidup RM200 setiap seorang kepada nelayan dan penyampaian bantuan Yayasan Nelayan Malaysia (YANEM) kepada 30 anak nelayan Semporna, di sini Ahad.

Katanya, pemantauan rapi seperti itu mesti dilakukan kerana rakyat tidak sepatutnya dilewatkan daripada menikmati pelbagai kemudahan seperti jalan raya, bekalan air, elektrik dan perumahan rakyat disebabkan masalah kontraktor.

Bagaimanapun Shafie mengakui ada beberapa projek seperti bekalan air dan jalan luar bandar termasuk di Sabah dan Sarawak mengalami sedikit kelewatan disebabkan projek berkenaan melalui kampung-kampung dan tanah persendirian yang memerlukan pengurusan pampasan serta kerjasama kerajaan negeri.

Shafie berkata daripada peruntukan lebih RM4 bilion untuk projek pembinaan jalan luar bandar, bekalan air, elektrik dan projek perumahan rakyat di bawah KKLW, lebih 60 peratus daripadanya adalah bagi pembiayaan projek di Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata bakinya adalah untuk pelaksanaan projek kawasan luar bandardi negeri lain seperti Kelantan, Kedah, Pahang dan Terengganu. (Bernama)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.