`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, January 28, 2013

TAK BOLEH "COP" LAGI, MAJLIS SYURA KATA "TUI"



Akhirnya Majlis Syura tak mahu lagi main aci dengan Nasharuddin Mat Isa.

Dulu, dalam mesyuarat Majlis Syura pada 9 September 2012, Nasharuddin Mat Isa "cop" dan ahli majlis tak dapat kata "tui!"

Kali ini Nasharuddin tak boleh lagi kata "cop" kerana Majlis Syura dah kata "tui" dulu.

Tapi kenapa Majlis Syura simpan berita sampai Najib balik dari Gaza?

Yang tersirat dalam berita ini ialah - ketika Nasharuddin Mat Isa ke Gaza bersama PM 1Malaysia, dia telah dipecat dari menjadi anggota Majlis Syura PAS. Ini kerana keputusan menggugurkan nama Nasharuddin dibuat dalam Mesyuarat Majlis Syura pada 13 January 2013. Sedangkan program ke Gaza ialah 23 Januaary 2013.

Kenapa Nasharuddin Mat Isa tidak hadir pada mesyuarat Majlis Syura itu suatu kemusykilan bukan keganjilan. Kalau muktamar PAS yang membincangkan masalah parti dan suara-suara akar-umbi dia tidak hadir, apa lagi yang kita boleh harap darinya?

Begitu rapi Majlis Syura menyimpan berita itu sehingga tiada ketirisan berita itu di mana-mana media. Pencacai dengan bangga memukul canang Nasharuddin Mat Isa, ahli Majlis Syura PAS bersama Najib dan Zul Kulim! Jangkannya ini adalah political milage buat ameno.

Kununnya hebat betul Nasharuddin Mat Isa ini mencabar ulama-ulama PAS dalam Majlis Syura yang dah jadi pondan berayun!

Itulah dia kematangan Tuan Guru Nik Aziz yang mempengerusikan mesyuarat Majlis Syura masa itu (Bab politik Nik Aziz Yong pernah ngomel di sini).

Tindakan Majlis Syura melengahkan berita itu sehingga Najib pulang dari Gaza sebagai libasan pedang yang tajam terhadap musuh yang sedang khayal dalam kemenangan yang palsu. Hancur luluh harapan ameno untuk mengekspoit kedudukan hubungan rapat PM dan Nasharuddin Mat Isa sebagai  endorsement UG oleh pemimpin ulama PAS (di mana  Nasharuddin Mat Isa adalah ahlinya).

Nasharuddin Mat Isa yang dibawa ke Gaza sebenarnya bukan siapa-siapa lagi dalam PAS. Dia Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Al-Quds, yang Pengerusi Lembaga Pengarah Amanahnya ialah Mukhriz Mahathir (N3 berkaitan boleh baca di sini).

Bila sebut Mukhriz teringat bapanya Chedet. See the connection?

Tiada salahnya Nasharuddin Mat Isa ahli PAS dan menjadi pengerusi NGO yang bertujuan membantu rakyat Palestine ini. Tetapi menjadi kesalahan apabila tugas hakikinya sebagai ahli Majlis Syura dan MP Bachok terabai!

Gayanya macam Nasharuddin Mat Isa nak keluar dari PAS tapi takut termakan sumpah Bai'ah?

Masakan Nasharuddin Mat Isa tak faham? Apabila kita mengikat kontrak, kita terikat dengan terma-terma kontrak itu. Kalau kita melakukan perkara-perkara yang bercanggah dengan terma kontrak itu, kita sebenarnya telah pecah kontrak.

Kemenangan yang diberi oleh pengundi Bachok atas nama PAS adalah satu kontrak. Ia tidak tertulis. Tapi saksinya ramai, termasuk langit dan bumi.

Dalam hubugan ini terma kontrak ialah: Nasharuddin Mat Isa wajib bertanggungjawab kepada bumi dan langit Bachok serta rakyat yang diwakilinya dan jemaahnya.

Dalam hubungan ini masihkah lagi boleh diertikan Nasharuddin Mat Isa menghormati sumpah Bai'ah itu?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.