`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, January 30, 2013

SERTAI PKR KERANA WAKIL RAKYAT ABAIKAN TUGAS




ROSAK...Kerosakan Jambatan Kg Cenderamata selama 10 tahun diabaikan oleh Kerajaan BN/UMNO.

Oleh : RICHARD P ANDIANG
BATU SAPI: Ekoran Kampung Cenderamata dalam kawasan DUN Sekong dan Parlimen Batu Sapi yang terus terpinggir selama 10 tahun tidak mendapat sebarang kemajuan dan kemudahan asas daripada kerajaan Barisan Nasional (BN); kini telah menimbulkan kemarahan di kalangan penduduk setempat yang mempunyai bilangan pengundi tegar BN dan UMNO seramai lebih 100 orang.

Mantan Ketua Cawangan UMNO Kg Air Hujung Sekong, Mukarramah Abdul Rahim (Gambar sisipan)menjelaskan walaupun kampung ini wujud sebuah cawangan UMNO yang mempunyai seramai 85 orang ahli namun telah terpinggir oleh kedua-dua wakil rakyat DUN dan ADR yang ditelah dipilih oleh rakyat pada PRU 12 lalu.
"Saya keluar daripada Barisan Nasional (BN) sekaligus daripada UMNO Batu Sapi bukan kerana kepentingan diri saya sendiri, tetapi demi kepentingan ahli-ahli UMNO/BN dan juga penduduk kampung di bawah seliaan saya. Semasa saya memegang jawatan Ketua Cawangan UMNO, Kg Air Hujung Sekong langsung tidak mendapat pembelaan,” ujarnya.

Kata Mukarramah, dia sudah 15 tahun dalam kerajaan BN khususnya menjadi ahli UMNO sejak dari UMNO Sugut lagi dan kemudian berhijrah ke Batu Sapi amnya Sekong; sehingga dipilih menjadi Ketua Cawangan UMNO di Kampung tersebut, tetapi tidak mendapat apa-apa bantuan daripada kerajaan BN.

“Demi kepentingan masyarakat dan penduduk Kampung Cenderamata dan ahli-ahli UMNO Kawasan Kg Air Hujung Sekong, saya telah mengambil keputusan muktamad untuk meninggalkan UMNO dan menyertai Parti Pakatan Rakyat khususnya PKR Cabang Batu Sapi. Manakala seramai 85 orang lagi ahli UMNO cawangan tersebut akan menyusul pada minggu depan untuk keluar beramai-ramai daripada belenggu BN/UMNO,” jelasnya.

Kami sedar, tambah Mukarramah, dengan menyertai parti Pembangkang memang tiada mendapat sebarang ganjaran kerana buat masa ini parti Pakatan Rakyat memang tidak mampu memberikan kemudahan seperti wang ringgit, berbanding dengan ahli-ahli pembangkang yang menyertai UMNO/BN sudah semestinya mendapat imbuhan dan ganjaran yang lumayan daripada para pemimpin UMNO/BN berkenaan.

"Tetapi demi perjuangan yang telus dan berjiwa rakyat, biarlah kami menyertai PKR walau habukpun tiada, hanya menelan air liur, namun kami yakin Parti Pakatan Rakyat akan menjadi tampuk pemerintahan selepas PRU 13 nanti. Maka sudah pasti kami akan mendapat pembelaan yang sewajarnya. Pepatah mengatakan, berakit-rakit dahulu, berenang-renang kemudian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian,” tegasnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.