`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, January 26, 2013

Video BRAINWASH agar sokong BN di UTHM tersebar.


 

Kan dah kantoi.

Aku boleh terima kalau prof nak sokong BN. Kalau dia nak mengalakkan mahasiswa ke sesiapa saja sokong bn pun takde masalah. Tetapi lakukan di waktu yang sesuai.

Waktu yang sesuai tue apa?

Waktu2 yang bukan dalam persekitaran universiti. Dan juga kempen2 yang sihat. Contohnya edarkan risalah, kalau undi bn, ini yang bn akan buat. Inilah kempen2 yang cerdik dan matang. Bukan pergi edarkan risalah2 berbaur lucah dan fitnah.

Sapa tak sokong kena letak jawatan. Ini dah kira memaksa. Mengugut. Mana boleh buat macam tue. Sepatutnya seorang profesor kena uphold apa yang di namakan perlembagaan negara. Dia kena follow perlembagaan. Aku pun sama. Kita seme ikut jek perlembagaan. Perlembagaan cakap kita amalkan sistem demokrasi.

Dan kita realisasikan sistem itu melalui peti undi.

Undi adalah rahsia. HAK PERIBADI individu itu sepenuhnya.

Kempen la apa saja.

Tetapi siapa nak undi siapa adalah hak masing2 dan mereka tidak boleh dihukum kerana itu. Bahkan kalau mereka nak sokong sesiapa pun itu adalah hak mereka. Mereka tidak patut dihukum kerana itu juga.

Inilah demokrasi yang digariskan dalam perlembagaan malaysia. Bukan aku yang buat. BN yang buat. Oleh kerana undang2 ini ko yang buat, maka ikutla. Kenapa langgar peruntukkan undang2 yang sendiri luluskan?

Jangan confusedkan masyarakat. Kalau mahu amalkan dasar komunisme, cakap jek. At least kami faham. Nak merunggut sampai mati pun tetap kami la yang salah sebab merunggut di negara yang amalkan komunisme dalam pentadbiran mereka.

Tetapi bila amalkan sistem demokrasi, dan kami ikut peraturan tersebut, bila kami kena marah, ugut dan dicerca, kami jadi tak faham. Apa salah kami? Bukan kah kami ikut acuan demokrasi? Kenapa itu menjadikan kami pesalah? Bukan kah itu sistem kita? Di mana silap kami ?

- amenoworld

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.