`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, March 6, 2013

Kantoi!! Blogger Upahan BN Dari Amerika Syarikat Mengakui Di Upah Untuk Burukkan Anwar



Saya tidak mengenali dengan siapa saya bekerja – Josh diambil gambar oleh rakannya di rumah Abdullah Ahmad Badawi.

Josh Trevino dan pasukan blogger beracunnya yang berpangkalan di Amerika Syarikat kini telah mengakui pada umum berkenaan beberapa fitnah terhadap tokoh-tokoh pro-demokrasi Malaysia, yang telah dibiayai oleh BN dan telah didedahkan oleh Sarawak Report.

Namun kami dapat menunjukkan bahawa blogger Amerika yang nakal itu telah sekali lagi berbohong, dengan berpura-pura semalam bahawa dia tidak mengenali untuk siapa dia bekerja dan kegagalannya untuk menyebut tentang kaitannya dengan Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud.


Untuk siapa kita bekerja lagi? – Trevino merakamkan gambar bos-bos FBC Media di Ibupejabat klien mereka … di Putrajaya!

Beberapa kebenaran timbul sebaik sahaja Trevino mendaftarkan dirinya sebagai agen asing di AS

Trevino telah, secara konsisten, menafikan bahawa dia bekerja untuk orang-orang Malaysia atau bahawa dia dan rakan-rakan bloggernya dibayar upah. Bercakap kepada pemberita AS, Ben Smith setelah pendedahan kami dalam tahun 2011 dia telah mengisytiharkan artikel kami itu sebagai “pembohongan yang ketara”.

Begitu juga rakan blogger kepada Trevino yang turut menulis mengenai Malaysia, iaitu Christopher Baddeaux telah kedengaran lebih tegas, dengan mengatakan dakwaan-dakwaan kami yang mengatakan bahawa dia dibayar upah itu sebagai “palsu, berfantasi, dan mengelirukan”.

Christopher Baddeaux mungkin lupa bahawa dia pernah dibayar upah sebanyak USD$11,000 berhubung Malaysia.

Namun, dalam proses mengisi kenyataan pendaftaran rasmi sebagai seorang agen asing, sebagai mana dikehendaki oleh undang-undang US, Trevino telah akhirnya mengakui di hadapan pihak berkuasa pada bulan lepas bahawa dia sememangnya bekerja sebagai agen berbayar untuk Kerajaan Malaysia. Pengakuan itu telah berjaya dijumpai oleh para pemberita di US yang telah tertarik dengan penglibatan Trevino dalam ‘perang cyber’ BN berahsia itu.


Trevino mengakui telah menganiaya Anwar menerusi laman Malaysia Watcher, namun kenapa pula dia tidak menyentuh mengenai Sarawak Reports?

Pengisytiharan itu menunjukkan Trevino telah menerima upah sebanyak $389,724.70 untuk tugasannya itu, dan sebahagian dari jumlah itu pula digunakan untuk membayar khidmat sepasukan blogger untuk menyerang tokoh-tokoh seperti Anwar Ibrahim dan mempromosikan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi ketika itu dan kemudiannya Najib Razak.

Juga turut disenaraikan adalah perincian pembayaran yang dibuatnya kepada setiap seorang rakan bloggernya dari wang tersebut yang diterimanya daripada Kerajaan Malaysia. Ianya termasuk $11,000 yang dibayar kepada Christropher Baddeaux! Namun Trevino telah gagal menyatakan sepenuhnya dalam kenyataannya, di mana dia juga terlibat dengan kegiatan berprofil tinggi yang sungguh memalukan dengan Taib Mahmud di Sarawak.

Trevino telah berkhidmat untuk Taib Mahmud dengan menubuhkan laman sesawang Sarawak Reports, yang hampir menyerupai nama kami dan seterusnya mengatur banyak serangan dalam usahanya untuk mencemar nama editor kami.

Terdapat beberapa siri serangan dalam bentuk “distributed denial attacks” terhadap server kami semasa musim pilihanraya umum 2011 yang lalu, yang telah mengganggu laman sesawang kami secara berterusan selama dua minggu menjelang pilihanraya itu. Trevino telah gagal menyatakan kegiatan-kegiatan ini atau berapa banyak yang diterimanya, di mana dia diberitakan dibayar upah sebanyak $5 juta untuk kontrak setahun dengan Taib Mahmud di Sarawak.

Bagi dirinya, untuk menafikan penglibatannya ini dilihat serupa dengan apa yang dinafikan oleh blogger Christopher Baddeaux dalam tahun 2011 yang lepas.

Gambar foto Badawi sedang ditemubual di rumahnya oleh Josh Trevino –“tidak pernah berhubung dengan klien”?
Saya tidak mengenali dengan siapa saya bekerja

Yang melucukan adalah penafian Trevino yang mengatakan bahawa dia tidak mengenali klien dari Kerajaan BN Malaysia.

Menurutnya semalam, semasa ditemubuah oleh seorang penulis kolum US dia tidak pernah mempunyai “klien dari kalangan orang-orang kenamaan dari Malaysia”.

“Saya tidak pasti dengan siapa APCO itu berurusan, tidak pasti juga dengan siapa FBC Media itu berurusan”, tambah Trevino lagi.

Namun Trevino dan rakan-rakannya telah memuatnaik gambar-gambar foto mereka sendiri semasa bertemu dengan Perdana Menteri Badawi di rumahnya dalam tahun 2008 dan menemubualnya bersama Zaid Ibrahim, seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu.

Trevino telah menulis sebuah artikel yang mencerita bagaimana Perdana Menteri itu telah menyediakan sarapan pagi untuknya dan rakan-rakannya, yang kini telah menjadikan dakwaan bahawa dia tidak mengenali kliennya itu suatu pembohongan.
Josh Trevino (kiri) bersama-sama pemberita lain menemubual pembantu Badawi, Zaid Ibrahim.

Pada masa yang sama Trevino telah menjemput beberapa orang blogger US untuk menyertai percutian berbayar di Malaysia sebagai penghargaan ke atas penilaian yang mereka rakamkan.

Tidak lama kemudian Trevino bekerja untuk FBC Media, sebagai usaha mereka mempromosikan Najib Razak, di mana Trevino mula menulis artikel-artikelnya dalam laman blog yang barunya, New Ledger, dan juga di laman-laman blog yang lain dengan mempromosikan Perdana Menteri yang baru itu sambil mengecam hubungan Anwar Ibrahim dengan US, suatu kegiatan di mana artikel-artikelnya turut diterbit dalam media cetak tempatan untuk tatapan pembaca yang tidak menyedari bahawa tulisannya dibiayai oleh orang-orang Malaysia sendiri.

Trevino dalam New Ledger – kenapakah dia gemar sangat mempromosikan Anwar yang boleh menafikan orang-orang Amerika?

Maka, adakah dia akan mengharapkan bahawa orang ramai akan percaya bahawa dia tiada idea siapakah yang membiayai artikel-artikelnya yang pro-Najib dan pro-BN itu?

Josh juga termasuk dalam beberapa acara perhubungan awam (PR) berbayar yang dianjurkan oleh FBC Media di mana Najib Razak dilihat mempromosikan dirinya sebagai seorang ‘Muslim yang sederhana’ yang boleh disokong oleh Amerika.

Ini termasuk suatu jemputan ke Debat anjuran BBC World Service di Istanbul di mana Josh dilihat muncul secara tiba-tiba untuk bertanyakan suatu soalan membantu untuk kamera-kamera TV.

Dan jika mereka tidak diupah kenapa pula mereka membazirkan banyak masa dan tenaga mereka mengecam seorang tokoh politik dari Asia yang tidak mereka kenali secara dekat, terutamanya seorang tokoh yang berfikiran liberal dan mempunyai reputasi akademik, dan juga rapat dengan anggota-anggota democrat di Barat?

Para blogger seperti Baddeaux telah berada di tahap hysteria apabila mereka dengan jelasnya mengutarakan tulisan mereka kepada para pembaca yang berobjektif (di luar lingkungan BN).


Serangan yang ofensif dan penuh fitnah terhadap Anwar Ibrahim di dalam New Ledger. Kini Trevino menyedari bahawa dia sepatutnya mengemukakan perkara yang benar setelah Sarawak Report berjaya mendedahkan kegiatan-kegiatannya pada bulan Julai 2011.

Namun, nampaknya kita masih menunggu untuk mendengar segala kebenaran mengenai kaitannya dengan BN dan kempen-kempen mereka secara atas talian. ~sarawak report

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.