Untuk memahami apa kehendak Sulu,mari kita memahami sejarah perjanjian secara ringkas..
Mereka berkata SABAH adalah milik KIRAM sebab itu kiram 9 keluarga menerima pampasan sebanyak rm5300 setahun. Menurut mereka Kiram adalah FILIPINO maka itulah sebabnya Filipina adalah pemilik SABAH.
Kenyataan bodoh ini masih dipertahankan oleh Filipina dan diangguk oleh keluarga KIRAM tanpa memahami KONTEKS penipuan HAKIM MAKASKIE terhadap KIRAM.
Bila Hakim Makaskie memukul tukul hakimnya bahawa 9 waris Kiram layak mendapat agihan dari PAMPASAN itu maka adakah ini bermakna SABAH milik KIRAM dari 9 keluarga ini? TIDAK… Hakim Makaskie menamakannya PAMPASAN bukannya wang PAJAKAN. Inilah helah British yg tidak disedari oleh KIRAM.
Sepatutnya Hakim makaskie memilih antara dua anak lelaki Rajamuda Mawallilwasit bin Sultan Jamalul Alam menjadi SULTAN SULU sebagai ketua KERAJAAN SULU untuk layak menerima WANG PAJAKAN (sewaan) itu. Wang pajakan bukan harta peribadi, ianya termasuk dalam harta negara. Yang mana RAKYAT SULU keseluruhan berhak menerimanya sekali bersama Sultan mereka.
Helah Hakim Makaskie ialah melantik kesemua waris yg menuntut itu seramai 9 orang agar tiada lagi SULTAN SULU. Hal ini tidak disedari oleh KIRAM. Kerana dalam penghakiman ini tiada satu pun dari pihak Datu Punjungan dan Datu Esmail I yg disebut sebagai SULTAN SULU.
Maka itu WANG PAJAKAN disebut oleh Hakim Makaskie sebagai WANG PAMPASAN waris Sultan… bukan SULTAN SULU.
Nota dari orang Sulu :
INSIDEN DI LAHAD DATU Kita melihat kejadian di Lahad Datu dari 2 aspek :
1. Konflik Sejarah.
- “Sultan Sulu” masih menganggap SABAH dibawah kekuasaannya, walaupun mereka gagal memberikan bukti bertulis atau membawa kes ke Mahkamah Antarabangsa (ICJ)
2. Memancing campur tangan Kuasa Luar.
- Sepertimana yang diketahui, negara asing memang berminat mewujudkan satu keadaan tidak aman di Malaysia. Ini ditambah lagi dengan agen-agen asing yang dilantik dengan saluran dana berjuta-juta dolar kepada pertubuhan NGO yang diragukan identiti mereka.
Kesimpulan : Pertumpahan darah bukanlah satu jalan terbaik. Kerajaan Malaysia melalui ATM dan PDRM serta Majlis Keselamatan Negara pastinya mempunyai taktikal yang mempunyai beberapa option seperti:-
a) Rundingan
b) Pujuk rayu
c) Diplomasi antara negara
d) Serangan bersenjata.
b) Pujuk rayu
c) Diplomasi antara negara
d) Serangan bersenjata.
Ingat, peristiwa di Bukit Jenalek Perak (Kes Al-Maunah), PDRM dan ATM telah menggunakan pelbagai kaedah sebelum tindakan senjata dilaksanakan.
Perlu diberi perhatian, yang MULA melakukan PENCEROBOHAN adalah kumpulan TENTERA “SULTAN SULU”. Dan mereka telah diajak serta dipujuk untuk keluar. Sayugia diberi perhatian, mereka BUKAN RAKYAT MALAYSIA.
…. APA PUN TERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN MALAYSIA YANG MENGGUNAKAN PELBAGAI KAEDAH SEBELUM MELAKSANAKAN TINDAKAN BERSENJATA!!!
Misteri… apakah rahsia perjanjian Najib dan Filipin antara MILF yang masuk berita baru baru ini??
WAJARKAH kami rakyat SABAH untuk masih bertuankan KESULTANAN SULU yang jelas2 telah mengkhianati rakyatnya di sabah dengan mangadaikan negeri sabah pada BRITISH…?
MEMBIARKAN kami berjuang sendiri mempertahankan tanahair SABAH sewaktu peristiwa KONFRANTASI dulu….membiarkan kami menentang komunis,membiarkan kami menentang penjajahan jepun,membiarkan kami membangunkan ekonomi kami sendiri sehingalah warga2 SULU itu tertarik kembali untuk menuntut sabah….
MAMPUKAH SULTAN SULU untuk membangunkan sabah sepertimana sekarang sedangkan wilayahnya di MINDANAO itu tetap MUNDUR sehinggakan rakyatnya sendiri sanggup menjadi pendatang asing,disumbat di rumah merah malah dirotan semata mata melarikan diri dari kepompong kemiskinan disana..
WAJARKAH kami untuk MENDAULATKAN mereka yang tidak berjuang untuk keamanan kami di SABAH namun sebaliknya mewujudkan kekecohan,ketakutan malah menconteng arang dimuka kami….mengapa tidak diadakan UNDIAN/PUNGUTAN SUARA dari PERIBUMI asli sabah dan DAYAK2 BORNEO samaada masih ingin BERSULTANKAN RAJA RAJA SULU atau memalingkan kesetiaan kami kepada RAJA RAJA MELAYU??
Ini adalah persoalan mengapa Sulu bangkit dan mengapa ada pihak mengambil kesempatan ini untuk mendaruratkan Sabah?
- media perak
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.