Saudara Pengarang
SAYA terbaca berita yang tersiar di Portal Sabahkini.Net bertajuk 'Osman Jamal Mula Panas' pada 09 Mac 2013 di mana Persatuan Komuniti Bugis Sabah (PKBS) telah membuat laporan polis mengenai artikel yang ditulis seorang yang begelar dirinya Hj Nungka Masarapi sebulan yang lalu.
Bagaimanapun, dalam kandungan artikel yang ditulis oleh Hj Nungka sedikitpun tidak berbaur perkauman dan menghina suku kaum Bugis; sebaliknya hanya mendesak Perdana Menteri agar memberikan jawatan Ketua Menteri Sabah dan TYT kepada Osman Jamal, anak jati Bugis Sulawesi.
Sebagai mewakili kaum Bugis dan pengundi kawasan Sebatik, saya sedikitpun tidak tersinggung dengan kenyataan tersebut kerana tiada perkataan menghina kaum Bugis; malahan saya berbangga jika pada suatu hari nanti bangsa Bugis yang betul-betul lahir di Sabah; bukan Bugis yang mendapat keyakyatan songsang menjadi Ketua Menteri Sabah dan TYT.
Kenapa Datuk Osman Jamal rasa takut dengan sentimen ini? Barangkali Osman Jamal bukan warga Malaysia yang betul; mungkin mendapat IC Projek, itulah beliau menggelabah sampai mahu saman yang menulis artikel ini dan Sabahkini.Net?
Sukacita saya mengingatkan agar Osman Jamal jangan membuang masa polis untuk menyiasat Sabahkini.Net; apatah lagi jika beliau mengetahui bahawa pemegang Saham Sabahkini.net seramai 10 orang terdiri daripada Peguam yang handal.
Kenapa mahu gunakan PKBS sebagai jambatan untuk kepentinganmu? Saya ada dengar kau mahu menjadi calon di Sebatik pada PRU 13 ini. Bolehkah menang sebab orang Bugispun tidak sukakan kau Osman sehingga mereka terpecah kepada empat persatuan?
Beginikah mahu jadi pemimpin atau YB? Baru kena kritik sudah menggelabah. Haji Nungka tidak hina bangsa Bugis di Sabah, tetapi orang hina dan caci Osman yang tamak haloba itu sehingga digelar 'Osmang Jamala' (membawa erti yang tidak baik). Sayapun keturunan Bugis. Bapasaya Bugis tetapi ibu saya keturunan Bolongan.
Untuk pengetahuan Osman, masyarakat di kawasan Sebatik masih setia dengan YB Muis Picho. Kalau Osman ingin menjadi calon BN pada PRU 13, nanti kami akan boikot dan tidak akan undi BN. Inilah janji kami penduduk Sebatik.
Dalam Haji Nungka juga tidak ada menghina Bugis. Jika ada, saya akan menjadi orang pertama yang membuat laporan polis dan membawa kes ini ke mahkamah dan bukannya menyusahkan polis dengan siasatan yang tidak akan mengubah keadaan.
Laporan polis yang dibuat Osman sendiri adalah satu pembohongan Osman kerana takut dengan bayang-bayangnya sendiri iaitu takut jika Ketua Menteri tidak menyokong Osman menjadi calon kerana masih ramai lagi suku Bugis di Tawau; sekalipun Osman biras TYT.
Salam Hormat,
Sekian terima kasih,
MOHD KAHMIS ANDY BACHOK
Pengundi Kawasan Sebatik
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.