`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, March 11, 2013

PENCEROBOHAN, RAKYAT SABAH TIDAK GENTAR




KENANGAN...Datuk Liew Vui Keong bergambar dengan 89 murid yang menerima biasiswa tersebut.

Oleh: SHAIMON S JUMADI
SANDAKAN : Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, menyatakan rasa gembiranya dengan tahap keselamatan di bandar ini yang membolehkan orang ramai bebas untuk menjalankan aktiviti harian, tanpa sedikit pun rasa takut.

Menurut beliau, walaupun berlaku insiden pencerobohan bersenjata di Kampung Tanduo, Tungku di Lahad Datu namun kawalan keselamatan yang dijalankan pihak berkuasa telah membolehkan semua pihak dapat menjalankan aktiviti seperti biasa.
"Saya gembira apabila orang ramai di Sandakan menjalani kehidupan yang biasa biar pun wujud pelbagai khabar angin yang mampu menggugat keharmonian berhubung insiden pencerobohan di Lahad Datu itu.

"Sesiapa saja kini bebas bergerak termasuklah majlis yang saya hadiri tadi, ramai yang datang," katanya kepada Sabahkini.net, kelmarin.

Liew yang juga Ahli Parlimen Sandakan ditemui semasa menjadi tetamu kehormat pada Majlis Penyampaian Biasiswa Persatuan Liew's Clan (Pang) 2013 di Dewan Hakka, Batu 6.

Pada majlis itu, seramai 89 orang pelajar yang merupakan anak-anak ahli kepada Persatuan Liew's Clan telah menerima bantuan biasiswa pendidikan masing-masing.

Hadir sama ialah Pengerusi Persatuan Liew's Clan iaitu Tan Sri Andrew Liew.

Sehubungan itu, Liew menggesa rakyat memberikan sokongan dan kata-kata semangat kepada pasukan keselamatan yang kini di perbatasan untuk mengembalikan keamanan dan kedaulatan negara.

Menurutnya, pengorbanan pasukan keselamatan amat besar ertinya yang terpaksa mengharungi cabaran demi kedaulatan negara ini dari diganggu-gugat anasir-anasir tidak bertanggungjawab.

"Kita mesti bersatu di bawah Konsep 1Malaysia untuk mengekalkan keamanan dan perpaduan rakyat berbilang bangsa yang menjadi kunci utama kepada rakyat Malaysia selama ini," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.