Kesian ibu pertiwiku... Negara lain banyak yang dah maju ke depan. Banyak aspek yang dah semakin bertambah baik, bertambah maju dan semakin canggih.
Malaysia apa macam..??
Hahahaha.... semakin terkebelakang dan semakin buruk dan teruk. Ada Piem... piem terkutuk. Ada menteri... menteri goblok. Ada kerajaan, kerajaan teruk dan terburuk. Ada pasukan tentera.... guna peralatan cabok, sampaikan nak bawak tentera ke Sabah pon terpaksa guna khidmat penerbangan milik kroni. Carok betoi...!!
Dan... ada unversiti.... corot-corot belaka jika dibandingkan dengan universiti negara-negara lain di dunia. Langsung tak termasuk dalam ranking... wa cakap lu. Ciittt....!! Bikin malu betoi!!
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus menerima tamparan hebat sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) apabila tidak ada universiti dari Malaysia disenarai dalam 400 universiti terbaik dunia yang dikeluarkan Times Higher Education World University Rankings 2012/2013.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata ini membuktikan agenda transformasi Najib gagal memulihkan perpaduan, mencapai kecemerlangan dan mengembalikan daya saing antarabangsa menerusi pelbagai usaha seperti program “1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”, Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).
Katanya, dalam laporan terbaru keluaran Times Higher Education (THE) World University Rankings 2012-2013 semalam, tidak ada satu pun universiti dari Malaysia untuk dua tahun berturut-turut termasuk dalam senarai 400 universiti teratas dunia. [Seterusnyer di sini]

Semua ini terjadi kerana kerajaan 1Malaysia yang teruk ini, tidak meletakkan sesuatu di tempat yang sepatutnyer. Semua.... mereka nak kontrol dengan meletakkan menteri-menteri goblok untuk menerajui setiap kementerian. Sebab itu, serba serbi hancus di tangan suey mereka. Serba serbi kita corot beb!!
Tapi... yang paling celaka ialah mereka suka menuding jari kepada pihak lain jika perkara buruk berlaku. Pada hal.... mereka yang bangang. Kerana terlalu tamak dan giler kuasa, mereka sanggup lakukan apa saja asalkan mereka boleh kekal berkuasa tanpa ada sedikit pun rasa insaf akan nasib masa depan negara dan rakyatnya.
Lihat saja apa yang berlaku di Lahad Datu Sabah. Gara-gara nak berkuasa... beri IC kepada orang luar. Tabur janji demi mendapat undi tanpa memikir akibat jangka panjang pada kedaulatan negara.. Apabila janji tak ditepati... inilah akibatnya.
Itu yang berlaku di Sabah. Kini, perkara yang sama mereka lakukan di serata Malaysia, khususnya di negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat. Beri IC sesuka hati tak kira kepada bangsa apa sekali pun. Celaka betoi!!
Haishh.... ngeri aku apabila mengenangkan perbuatan terkutuk mereka. Apakah mungkin satu hari nanti, negara kita akan menjadi milik orang luar, gara-gara kerakusan kuasa para pemimpin durjana ini. Apakah anak cucu kita nanti akan merempat di negara sendiri?? Na'uzubillah...
Enough is enough. Cukup-cukuplah. Jangan biarkan mereka terus memperjudikan masa depan bumi bertuah ini. Bertuah tapi malang kerana diperintah oleh tangan-tangan celaka. Bahaya puak-puak ni wa cakap lu...
Lantas... jangan kita teragak-agak lagi untuk menumbangkan mereka dalam PRU13 nanti. Malaysia lebih sejahtera tanpa mereka. Rakyat lebih terbela tanpa mereka.
Ayuk.... Ini kalilah!!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.