Anwar jelas sebab Tian Chua, Sivarasa ke Manila
PETALING JAYA - Naib Presiden PKR, Tian Chua dan bekas Naib Presidennya, Sivarasa Rasiah ke Manila pada 7 Februari lalu semata-mata untuk memperoleh maklumat tentang penipuan membabitkan lebih RM900 juta yang disyaki didalangi anak saudara Ketua Menteri Sabah, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Umum PKR ini berkata, usaha itu penting bagi memastikan maklumat tersebut tidak mengandungi unsur fitnah dan pihaknya cuba mendapatkan pengesahan daripada Kerajaan Filipina berhubung kes itu.
"Mengapa kita harus beri pelindungan, jadi bila kita ketengahkan, maka Siva dan Tian Chua pergi ke Manila untuk mendapat maklumat.
"... kita mahu maklumat yang lebih terang dan kita dapat pengesahan tentang percubaan menipu itu," katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.
Anwar mengesyaki penahanan Manuel Karingal Amalilio di Sabah dilakukan sebagai cubaan untuk menghalang anak saudara Ketua Menteri Sabah itu dari dihantar pulang ke Filipina untuk diadili atas pelbagai salah laku.
"Dalam masa singkat terus ditangkap dan diletakkan dalam lokap, di antara tindakan yang paling cekap dalam sejarah perundangan negara kita.
"... Kerajaan Filipina mengatakan beliau patut dikirim balik supaya siasatan dapat diteruskan," kata beliau sambil mengatakan Manuel didakwa memiliki pasport palsu.
Selain itu, Anwar mendakwa Manuel juga dikaitan dengan penipuan ke atas 15,000 rakyat Filipina di Selatan yang majoritinya beragama Islam.
"Itu dakwaannya (Presiden Filipina, Nono Aqino), ini serius," tegasnya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.