Puteri Jacel Kiram mendakwa gambar-gambar tentera Sultan Kiram yang didedahkan oleh Kerajaan Malaysia itu adalah palsu dan kemungkinan merupakan mangsa serangan di Selatan Thailand pada tahun 2007.
Menurutnya lagi jika gambar yang diperolehi itu datangnya dari petugas-petugas media dan wartawan yang membuat liputan mungkin ianya boleh diterima tetapi bila gambar-gambar yang berkenaan diambil oleh pihak tentera maka kesaihannya boleh dipertikaikan.
Puteri Jacel Kiram mendakwa cara mayat-mayat mangsa yang berada dalam liang lahat itu tidak memungkinkan mereka adalah penceroboh Sulu. Ini kerana pakaian yang dipakai dan keadaan lokasi yang berkenaan kelihatan tenang, tiada kesan bom malah papan alas lubang berkenaan juga tidak hancur dibom menimbulkan keraguan..
Malah mereka juga mempertikaikan mana mungkin penceroboh boleh menggali lubang sebesar itu ketika serangan berlaku kerana mereka tidak membawa alatan yang membolehkan ia digali sedemikian rupa...
** Banyak songeh la diorang ni...Dah la ceroboh negara kita..bunuh anggota keselamata! n kita d engan cara yang kejam dan hina...lepas tu nak suruh jelas itu dan ini pula..Tapi yang paling tak boleh piiiii... blogger-blogger dan facebooker pro Anwar bertindak menjadi media perantara mereka..menyebarkan apa saja maklumat dari pihak penceroboh..best kan??
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.