Penumpuan rakyat kepada kes lahad datu sememangnya luar biasa. Ia menjadi sensasi di media sosial. Berita online dan media sosial tak henti2 memperkatakan tentang insiden lahad datu dan kerisauan mereka terhadap pengakhiran yang akan berlaku ke atas sabah.
Rujuk sini untuk siri pertama.
Telah kita ketahui motif serangan keturunan sultan sulu ke atas sabah adalah disebabkan mereka mahu menuntut sabah. Mereka menganggap sabah tanahair mereka. Dan telah kita terangkan bahawa ia hanyalah tuntutan karut dan tidak berasas.
Bukan hanya sabah je yang mereka claim as tanahair mereka, bahkan beberapa daerah di sekitar indonesia pun mereka claim mereka punya. Mereka tak pergi berperang ke sana? Kenapa hanya menganggu sabah? Adakah kerana mereka memandang ringan kepada kekuatan tentera dan polis malaysia? Sebab itu mereka angkuh dan berkeras?
Lupakan.
Kerana tentera kita akan menyerang mereka secara besar-besaran selepas ini. Operasi melupuskan mereka dalam masa 24 jam akan bermula tak berapa lama lagi. Rujuk bawah neh ;
Difahamkan kawasan yang menjadi fokus utama serangan adalah Kampung Tanduo, Lahad Datu di mana ketua penceroboh, Raja Muda Azzumudie iaitu adik kepada Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III bersama lebih 100 pengikutnya berkubu.Ketika ini, anggota penembak tepat Tentera Darat ditempatkan di beberapa lokasi strategik dan Utusan Malaysia difahamkan, tiada lagi sebarang rundingan bakal dibuat sebaliknya misi kali ini adalah menumpaskan ke semua musuh.
Rujukan : http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130304/dn_05/Serangan-besar-besaran
semua oke ;
6 anggota pejuang kita yang terkorban angkara serangan hendap ;
1. Supt Ibrahim bin Lebar, (Caw Khas, Bukit Aman)
2. ASP Micheal Padel, (Caw Khas, IPD Semporna)
3. Sjn/D Baharin bin Hamit, (Caw Khas, IPK Sabah)
4. Sjn Aziz bin Sarikun, (BN 14 PGA Tawau)
5. Kpl/S Salam bin Togiran, (Caw Khas, IPD Tawau)
6. L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran, (BN 14 PGA Tawau)
Sumber : PDRM.
Menurut utusan terbitan semalam ada menyiarkan bahawa kedatangan sulu adalah secara berperingkat. Rujuk sini. Mereka datang ke mari dalam 4 bulan yang lepas, duduk dan menetap disini. Tak mustahil warga2 sulu ini akan mengeluarkan taring sebenar mereka dengan menyerang rakyat [orang awam] dan pasukan keselamatan kita.
Lihatla antara kenyataan yang diterbitkan di wall facebook kat bawah neh sebentar ;
Heran juga macam mana dapat lesen untuk bawa teksi? Kalau mereka ini warga tempatan mesti ada ic baru boleh apply. Kalau warga tempatan patut bersama2 pasukan kita, negara kita bukan menentang kita. Adakah ini projek IC yang hangat diperkatakan itu? Jika benar maka terbuktilah kita silap kerana memberikan mereka IC. Last2 mereka menentang kita di tanahair kita sendiri.
Bagaimana pula dengan indonesia2 dan bangladesh2 yang dah dapat IC? Tak mustahil suatu hari nanti depa claim malaysia neh depa yang punya. Ahh gila.
Sumber : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151417340373046&set=a.315760538045.145669.215868293045&type=1&ref=nf
Dalam pada kita seme berjaga2 dan risau dengan apa yang berlaku di lahad datu, media2 kita tak habis2 termakan dengan propaganda dari sebelah sana. Propaganda yang dimaksudkan ialah propaganda melaga2kan rakyat malaysia.
Media manila menyiarkan beberapa kenyataan yang mengaitkan kejadian di sabah antara yang menjadi dalang ialah pembangkang. Parti pembangkang. Di sabah ada banyak parti pembangkang. Di malaysia pun banyak. Nama tak disebut. Siapa dan apa yang dimaksudkan dengan pembangkang.
Tetapi tup2 media malaysia meletakkan dsai la dalang yang dimaksudkan dengan menyiarkan gambar dia bersama2 Nor Misuari. Adoi. Nak ku kata bodoh nampak macam keterlaluan tetapi dah memaparkan sikap bodoh terpaksala juga ku katakan dikau bodoh.
Dsai akan mengambil tindakan undang2. Utusan dan tv3 self defend. Itupun hujah longgar. Suruh dsai saman akhbar manila. Hellooo, orang di sana tak quote nama individu. Randomly mention pembangkang. Atas sebab apa DSAI perlu terasa dia yang diperkatakan oleh mereka2 di sana?
Takde sebab. Yang pelik kenapa TV3 dan UTUSAN yang terasa nama DSAI yang dinyatakan sehingga berani quote sebarangan? Itu lue kena jawab sendiri dalam mahkamah la der. Pasti lue ada hujah tersendiri, takpe, kita sama2 dengar di mahkamah oke.
Lepas tue yang terkini satu kenyataan Nor Miasuri yang tersebar mengenai Najib ada menjanjikan tanah untuk warga2 sulu. Atas sebab tidak sabar orang2 sulu ini merentasi sabah dan terus menuntut apa yang dijanjikan oleh Najib itu.
Rujuk bawah ;
Kenyataan ini kenyataan Nor Misuari. Ia diterbitkan oleh akhbar online yang aktif di filipina. Tiada sebab untuk aku percayakan kenyataan di atas. Mereka disana kejap2 kaitkan ia dengan pembangkang then kerajaan then pembangkang then kerajaan. Sudahnya di malaysia pembangkang vs kerajaan sebab masing2 saling tuduh menuduh dan menegakkan masing2 di jalan yang benar.
Jangan main2 dengan jarum halus freemason agenda illimunati apa seme jadah neh oi. Ahh tetiba. Apa kaitannya disini. Abaikan.
Apa yang pasti isu di atas cukup untuk diketengahkan kepada bloggers umno. Jadilah manusia yang berfikir. Hari neh media mereka kata pembangkang. Sebelum2 neh media mereka lapor najib. Tidak kah anda pelik disini?
Susah. Susah untuk aku upgradekan akal ko. Ko sendiri kena usaha ke arah itu. Jangan harapkan pada orang je la weh bloggers umno. Aku cadangkan media bn tukar la sikit lantikkan bloggers2 mereka. Amek la yang jenis cerdik2 sebagai bloggers. Kesian no aku tengok. BODOH SANGAT.
Apa yang pasti kita tak boleh dan tidak patut sesama kita bertelagah dalam isu2 kritikal seperti ini. Sepatutnya pembangkang dan kerajaan tidak saling tuduh menuduh. Stresskan lebih kepada KERAJAAN. Dan BLOGGERS UMNO.
Masih lagi bermain sentimen politik dan mahu meraih undi. Orang akan sakit jiwa. Pembangkang pun terpaksa juga jawab kalau dah diasak dan didesak bertubi2 kononnya ada kaitan dengan keganasan.
Jangan dilupa kenyataan awal Hishammudin. Mereka bukan militan dan bukan pengganas. Kalau dah bukan militan, kalau pun ada kaitan dengan PR, what's the problem? Bukan militan mah. Your own menteri, your own statement, kalaupun ada connection disitu, tiada apa2 yang perlu dirisaukan unless korang nak kata hishamuddin berpropaganda dengan PR pula. Ke situ kah script kita neh?
Cara terbaik, hentikan fitnah dan tohmahan ke atas bahu pembangkang. Yang pembangkang pun berpada2 dalam mengeluarkan statement. Jangan sampai membabitkan apa2 yang tak terbabit.
Langkah awal Najib mahu siasat itu aku setuju. Tetapi kemukakan la alasan dan evidence yang lebih konkrit disitu. Kalau gunakan akhbar terbitan manila, hello, aku rasa ko lebih layak disiasat berbanding anwar sebab dah sah2 nama ko disebut disitu berbanding dsai, nama dia tak pernah disebut langsung.
Apa pun aku bukanlah bebal seperti bloggers UMNO. Nama, sesiapa boleh sebut begitu begini dan etc2. Apatah lagi terang2 si Misuari neh bersama2 puak2 sulu. Boleh jadi ini ialah misi dia mengucarkacirkan sistem politik di malaysia. Jika sistem politik kucar kacir, maka goyahla pertahanan negara sebab keputusan2 yang dibuat pun hasil dari pemikiran orang2 politik.
Semakin banyak askar, polis dan tentera kita yang terkorban semakin terdesak la bn untuk tunduk kepada tuntutan puak2 sulu. Tanah, wang dan apa saja mungkin.
Cadangan aku. Pemimpin, sila berpolitik ikut keutamaan dan fahamkan sesuatu ketika membaca apa2. Anda tak rugi. Jika silap baca, salah faham dan tersilap sebut, bila kena saman kena la belajar untuk redha. Kalau dah kalah saman, kena la cepat2 bayar. Senang sket aku nak minta naik gaji. RM6,000 pula. Wow. Menarik tue.
KAH KAH KAH
-amenoworld
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.