`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, March 5, 2013

TERKINI! MNLF Dijangka Tidak Akan Serang Sabah!

TERKINI!


Menteri Pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi menyangkal dakwaan bahawa pejuang Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) mungkin membantu menentang pasukan keselamatan Malaysia yang melancarkan operasi terhadap 'Tentera Diraja Sulu' di Lahad Datu, Sabah.

Bekas ketua propaganda MNLF, Hadji Acmad Bayam mendakwa dalam laporan media Filipina bahawa bekas komander MNLF yang menetap di Sabah selama beberapa dekad, akan membantu penceroboh Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Acmad juga mendakwa wujudnya simpanan senjata di Sabah yang mereka akan ambil untuk tujuan ini.

Zahid berkata pasukan keselamatan sedang menumpukan pada Kampung Tanduo sekarang, tetapi akan bertindak segera jika terdapat maklumat mengenai pencerobohan lain.

"Jika ada tempat-tempat kita dengar ada pencerobohan, angkatan tentera dan polis sentiasa bersedia," katanya.

Misuari nafi dakwaan

InterAksyon.com, portal berita dalam talian TV5 di Filipina, hari ini memetik pengasas MNLF, Nur Misuari sebagai menafikan terbabit dalam percubaan kesultanan Sulu untuk menuntut Sabah dengan menghantar lebih daripada 200 pengikutnya ke negeri itu.NONE

Misuari, yang mengunjungi Sultan Sulu Jamalul Kiram III di kediamannya Kampung Maharlika di Taguig City, berkata cakap-cakap mengenai penglibatannya "semuanya adalah spekulasi liar".

Sementara Misuari mengakui bahawa sesetengah daripada kalangan penceroboh bersenjata di Sabah adalah "pejuang kebebasan," MNLF, tetapi beliau berkata penglibatan mereka adalah tanpa pengetahuannya.

Pada hari Isnin, Presiden Benigno Aquino III mendakwa terdapat "konspirasi" di belakang pencerobohan pengikut kesultanan Sulu dan berikrar untuk menghukum mereka yang bertanggungjawab.

Bagaimanapun, Aquino mengakui beliau tidak mempunyai bukti yang cukup lagi untuk menyebut nama-nama.


Dalam perkembangan terkini, kira-kira 70 puak penceroboh gagal memasuki perairan Sabah setelah gagal melepasi kawalan ketat pasukan keselamatan kira-kira 12 kilometer dari sempadan perairan Malaysia-Filipina di Lahad Datu.

Mereka dikatakan mahu membantu anggota lain yang terkepung akibat serangan udara dan darat yang dilaksanakan jam 7 pagi tadi.

Seorang jurucakap puak penceroboh berkata, mereka terpaksa berpatah balik ke pekan Bonggao di Filipina kerana melihat kawalan ketat dibuat tentera Filipina dan Malaysia yang meronda selang lima minit.

Kedudukan mereka dijangka sukar kerana peluang untuk melepasi sempadan negara kian sukar dan tidak ada jalan lain untuk membantu rakan mereka yang kini dalam ketakutan.

Gerakan memburu mereka kini semakin dipertingkatkan berdasarkan jumlah kekuatan anggota dan peralatan tentera yang lengkap untuk menghapuskan mereka sama sekali.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.