`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, March 2, 2013

TUN MUSTAPHA TIDAK TERLIBAT IC PROJEK





Oleh : ABDULLAH SANI HJ ABDUL SALLEH

BERIKUT kenyataan Rasmi dari Urusetia Penaja USNO Sabah yang merujuk kepada Laporan Daily Express bertarikh 1 Mac 2013 di muka hadapan bertajuk 'Was Tun Mustapha Also Involved?'

Dengan ini kami Penaja USNO Sabah membantah sekeras-kerasnya tindakan Sidang Akhbar Wanita PKR, Aminah Bte Mahmud yang membuat kenyataan di Johor bahawa beliau disuruh oleh Tun Mustapha membuat KPT untuk mengundi pada tahun 1994.
Apakah niat sebenar beliau mengaitkan nama Bapa Kemerdekaan Sabah dalam soal pengeluaran KPT palsu di Sabah dan membersihkan nama Anwar Ibrahim dari hal ini?

Pada tahun 1992, Tun Mustapha telah keluar dari UMNO dan membantu Parti PBS di Sabah menghadapi Pilihanraya 1994, bahkan beliau telah bergabung dengan PBS dalam pilihanraya itu serta memenangi Pilihanraya Sabah dengan menggunakan lambang PBS+.

Jesteru itu jika dilihat dari tarik kenyataan beliau (Aminah Bte Mahmud ) ini menunjukan bahawa ia bercanggah dengan tuduhan dan tohmahan serta pembohongan wanita PKR itu yang mengaitkan Tun Mustapha dan pada masa yang sama membersihkan nama Pemimpin mereka, Anwar Ibrahim.

Tun Mustapha tidak pernah menjadi ketua Perhubungan UMNO di Sabah seperti didakwa, Ketua Perhubungan UMNO pada tarikh itu adalah Abdul Ghafar Baba (1990–1993) dan Tun Sakaran Dandai (1993–1996) sementara orang yang menjaga Hal Ehwal Sabah dalam UMNO pada tarikh itu (1993 -1997) adalah Anwar Ibrahim; mereka ini semua adalah Pemimpin UMNO.

Jesteru itu Penglibatan bapa kemerdekaan dalam proses KPT adalah tidak benar dan tidak berasas, mereka sengaja menjadikan Tun Mustapha sebagai 'Scape Goat' bagi membersihkan nama pemimpin PKR Anwar Ibrahim yang berhadapan dengan siasatan RCI di Negeri Sabah pada hari ini.

Kami yakin semua kerja jahat ini adalah kerja pemimpin-pemimpin Kuala Lumpur terhadap rakyat sabah yang mereka akui sendiri dengan pengeluaran 500,000 KPT kepada PTI di Negeri ini.

Jesteru itu USNO menuntut supaya Aminah Bte Mahmud memohon maaf kepada Keluarga Tun Mustapha dan semua Rakyat Sabah atas perbuatan Terkejinya mengeluarkan 500,000 KPT haram di negeri ini yang telah membawa kekotoran kepada Negeri SABAH.

(NOTA : Abdullah Sani Hj Abdul Salleh merupakan Naib Presiden Penaja Ex-USNO Sabah)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.