`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, August 23, 2013

Alasan Pembebasan Sirul dan Azilah daripada Kes Pembunuhan Altantuya


Peguambela Mengatakan Ketiadaan Musa Safri Kunci Kejayaan Pembebasan Azilah, Sirul

[TMI] Peguam Datuk Hazman Ahmad sebak mendengar pembebasan anak guamnya, Azilah Hadri hari ini.

Beliau memberitahu pemberita lega Mahkamah Rayuan bersetuju dengan percanggahan yang dibangkitkan oleh peguam.

Hazman dibantu oleh J Kuldeep Kumar, mewakili Azilah dari mula perbicaraan kes pembunuhan itu sehingga proses rayuan.

“Kami berterima kasih kepada Mahkamah Rayuan mendengar hujah kami tentang notis alibi, senarai panggilan yang tidak konsisten, diari balai polis dan testimoni saksi polis dalam menuduh anak guam saya berada di lokasi jenayah,” katanya.

“Ini adalah asas utama dan mahkamah menerima rayuan kami berdasarkan asas ini.”

Sementara peguam Sirul Azhar Umar, Kamarul Hisham Kamaruddin, Hasnal Redzuan Merican dan Ahmad Zaidi Zainal turut tersenyum.

Kamarul mengatakan mahkamah menerima kesemua hujah pembelaan yang dibangkitkan semasa rayuan.

“Hakim menerima alasan tidak memanggil Timbalan Supritendan Musa Safri (bekas aide-de-camp perdana menteri) menyebabkan terdapat lompong besar dalam kes pendakwaan,” katanya.

“Dari rekod pihak pendakwaan, Musa memainkan peranan penting dan boleh membantu menjelaskan banyak perkara seperti motif.

“Ini penting untuk kes pendakwaan.”

Kamarul menambah beliau tidak mahu bercakap lebih banyak oleh kerana pihak pendakwaan akan membuat rayuan berhubung keputusan ini.

“Akan tetapi, kami berpuas hati dengan keputusan hari ini,” katanya. – 23 Ogos, 2013.


P/s: Itu saja alasannya? Kita jangka, seperti kes drama liwat 2, pihak pendakwaan akan bersungguh-sungguh membawa kes ini ke Mahkamah Persekutuan.
 
Jika keputusannya sama seperti Mahkamah Rayuan, apa pula alasannya nanti? 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.