`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, August 23, 2013

Di Bawah Lindungan Kerajaan UMNO


Sekarang kalau kita membunuh orang, tapi pendakwa raya tidak dapat membuktikan ada niat, kita boleh lepas dari pertuduhan membunuh. Walaupun setelah kita tembak seseorang, kemudian menaruh bahan letupan dalam rongga dan tempat mana ada lubang dibadan dan letupkan- sehinga tulang belulang berkecai dan berterbangan- itu semua bukan pembayang ada niat membunuh. Kita ada perbuatan membunuh, tapi tidak ada niat itu tidak mengapa? System pengadilan apa yang kerajaan pimpinan UMNO bangsa Melayu kita ini amalkan?

Sungguh benar apa yang nyatakan oleh pendiata Zaaba. Kezaliman keatas bangsa Melayu dilakukan oleh pemerintah dari bangsa Melayu itu sendiri.

Ini akan menghantar mesej kepada gangster dan pembunuh upahan, boleh letupkan sesiapa sahaja. Jika pembunuh Altantuya lepas dari tuduhan, ini membuktikan pasukan pendakwa raya sub-standard. Tugas pertama kerajaan baru yang akan ganti BN yang korap ini ialah mengadakan retrial dan panggil sema orang yang tidak dipanggil untuk memberi keterangan. Hari ini hari malang untuk keluhuran undang2 di Malaysia. Kita tidak akan tahu siapa yang memerintah supaya Altantuya dibunuh. Lagi pun mengikut lojik soldadu UMNO- tidak mengapa Altantuya dibunuh kerana dia pelacur anatra bangsa yang telah memberi perkhidmatan istimewa kepada Razak Baginda dan mugkin juga pemimpin tertingi negara. Hal pantat memantat, pemimpin tertingi negara tidak kurang hebat nya.

Najib akan jual segala asset negara atas nama bangsa Melayu. Adakah kita percaya bahawa Najib berkata bahawa MAS tidak akan dijual? Sedangkan Dr Mahathir Mohamad sudah pun menyatakan ianya patut dijual dan dikendalikan oleh pihak swasta. Idris Jala menyebut perkara tersebut dalam suatu forum bersama dengan Tony Fernandez. Tony Fernandez mungkin menyatakan pandangan nya dalam konteks penglibatan kerajaan dalam system ekonomi pasaran bebas dan ingin melihat penglibatan kerajaan dikurangkan.

Ini kenyataan yang sanctimonious datang dari Tony F. Apa yang dia tidak beritahu ialah penglibatan dan sokongan kerajaan kepada orang lain biarlah dikurangkan- tapi kepada dan untuk AA mesti dipertingkatkan. Kalau boleh AA dijadikan monopoli industry penerbangan.

Masa depan orang Melayu akan malang jika kit abiarkan para perompak UMNO dan kunco2 mereka terus berkuasa. Mengapa kita tidak dengar lagi cerita Deepak Jaikishan? Sebab deal telah dibuat dengan nya melalui Azeez Raheem dan Azzeed sekarang pengerusi Tabung Haji. Inilah endless possibilities yang sekarang dijaja oleh Najib. Apa2 sahaja bole terjadi.

Masa depan orang Melayu akan baik? Setelah 56 tahun kita beri mereka memerintah fakta nya : ialah 10 juta orang Melayu atau 90% dari 40% yang menerima pendapatan RM1500 sebulan adalah orang Melayu. Pelanggan kebajikan JKM adalah orang Melayu pada jumlah majority nya. Siapa yang memerintah orang Melayu jika tidak UMNO? Fakta nya ada dimana mana tapi pemimpinm UMNO tidak akan berani bercakap mengenai perkara ini. Sementara itu UMNO mengupah pecacai2 bertaraf tingkatan 5 untuk bercakap mengenai isiu2 orang Melayu. Behentilah dari temberang orang melayu. Saya tidak fikir mereka2 ini membaca tulisan pendita Zaaba. Seperti yang Tun Daim kata- budak2 UMNO hanya suka membaca majalah Gila2 dan komik sert acerita hantu.

Kita mesti bangun menentang cubaan untuk memusatkan sumber kekayaan dan asset dalam satu tangan. Tidak semena mena, Idris Jala menyatakan pandangan nya bahasa MAS patut dijual dengan harga yang bagus. Semasa menyatakan demikian, dia berada dalam forum bersama pemilik AA, Tony F. Idris Jala ingat rakyat Malaysia bodoh ke- orang akan membuat andaian bahawa Idris Jala berkata dmikian kerna didorong oleh Tony F. siapakah  yang akan untung dan mempunyai kapasiti untuk mengambil alih kekosongan yang diujudkan oleh MAS? Tentulah AA.

Jadi bagi pihak siapa Idris Jala bercakap? Najib pernah beritahu saya bahawa Idris Jala dilantik kerana kepentingan politik Sarawak. Selama berada dalam MAS, tidak ada perkara besar yang dilakukan kepada fundamentals business MAS. Dia menjual asset dan harta benda MAS untuk menutup balance sheet yang teruk. Selama 10 bulan berturut turut, buku akaun MAS menunjukkan kebaikan .tapi kebaikan itu tidak datang dari operasi bisness bahkan ia datang dengan menjual harta benda MAS dan memindahkan liability ke pihak lain. Ini semua main silap mata yang menyinari mata Najib.

Ada antara kita yang memandang tinggi apa yang Idris Jala  lakukan keatas MAS. Tapi ramai juga yang hampa. Ujian sama ada apa yang dilakukan oleh Idris Jala berkesan atau tidak ialah dengan melihat sama ada penyelesaian yang dilakukan berkekalan . Jika kekal, maka tentulah MAS berada dalam keadaan yang sihat har ini. Tapi apa sudah jadi dengan MAS? Ia masih tetap rugi. Kerana untung yang patut datang dari operasi tidak datang.

Tapi Najib tentulah termakan dengan carta2 dan lampiran powerpoint yang dikemukakan oleh Idris Jala and his boys bukan?

Posted by sakmongkol AK47

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.