`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, August 7, 2013

Berita Yang Menghantui Rakyat Malaysia.. Saksikanlah!!


Sama ada ia suatu jenayah berat atau fononema baru dalam siri pembunuh upahan di Malaysia, apa yang berlaku memperlihat bentuk realiti menakutkan atau realiti yang `horror’.

Mungkin perkara ini boleh disimpulkan melalui tajuk akhbar Singapura, The New Paper iaitu `Welcome to Malaysia: Where Death is cheap and staying alive is costly’.

Ini juga berdasarkan kepada bayaran kepada pembunuh upahan dengan harga yang rendah sebanyak RM1,000 untuk mencabut nyawa manusia. (Sinar Harian, 5 Ogos 2013)

Namun fenomena yang berlaku ini seolah-olah memberikan gambaran jenayah berat yang berlaku adalah kejahatan yang gagah, besar, begitu raksaksa sehingga melampaui kemampuan undang-undang untuk mengatasinya.

Cuba kita fikirkan pembunuhan menggunakan senjata api begitu berleluasa terutamanya membabitkan golongan berprofil tinggi.

Kejahatan yang begitu banyak memakan korban sehingga melampaui apa yang dapat kita bayangan oleh akal sihat kita sebagai bangsa yang beradab dan berbudaya; kejahatan dilakukan dengan cara yang mengerikan (mengerat anggota badan dan pembunuh upahan) sehingga melampaui apa yang dibayangkan oleh nilai luhur kita.

Kejahatan begitu tega dilakukan (membunuh di restoran atau di hadapan sekolah atau di lampu trafik) sehingga melampaui nilai kemanusiaan; kejahatan begitu rapi direncanakan sehingga melampaui undang-undang : seolah-olah tiada bahan bukti, tiada moral dan tiada pelaku.

Kedahsyatan kejahatan ini adalah contoh dalam siri pembuhan upahan yang seolah-olah begitu sempurna dirancan dan disembunyikan.

Jean Braudrillard dalam bukunya “The Perfect Crime” mengatakan kejahatan yang berlaku melampaui realiti kejahatan itu sendiri (pembunuh upahan dan kematian) sehingga ia kini menemukan bentuk hiperkriminaliti.

Kejahatan melalui pembunuh upahan yang dapat dilihat melalui kes membabitkan mereka yang berprofil tinggi dan orang awam:

- 26 April - Timbalan Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Bahagian Perkastaman/Cukai Dalam Negeri, Datuk Shaharuddin Ibrahim yang mati ditembak dua lelaki bermotosikal di Putrajaya.

- Pembunuhan Hussain Ahmad Najadi, Pengasas Bank Arab Malaysia

- Pengerusi MyWatch, R Sri Sanjeevan cedera ditembak di persimpangan berdekatan Taman Awana Indah, Jempol, Negeri Sembilan.

- Dua kes tembak dilaporkan -- satu di ibu negara dan satu di Bukit Mertajam -- menyebabkan seorang maut dan dua cedera.

- 18 Julai - Seorang guru maut ditembak dua lelaki bermotosikal di persimpangan lampu isyarat Simpang Empat Keladi, Kulim, Kedah.

- 8 Julai - seorang guru penolong kanan hal ehwal murid Sekolah Kebangsaan Beris Panchor, maut selepas terkena tiga das tembakan dalam kejadian di simpang tiga Jalan Beris Panchor Tawang-Kota Baharu, Kelantan.

- 13 Mei - Seorang lelaki cedera parah selepas terkena dua das tembakan dalam kejadian di tempat letak kereta sebuah hotel di Jalan Dato Suleiman, Johor Baharu, Johor.

- 11 Mei - Dua lelaki maut manakala dua lagi cedera parah selepas ditembak ketika berhenti di lampu isyarat persimpangan Bukit Tambun, Pulau Pinang, dipercayai berkaitan perniagaan.

- 11 Mei - seorang pembantu kedai barang-barang lusuh ditemui mati di dalam kereta yang dipandunya dengan 10 kesan tembakan di persimpangan lampu isyarat Taman Kucai di Lunas.

- 7 Mei - seorang lelaki cedera parah ditembak dari jarak dekat ketika sedang minum bersama beberapa rakannya di sebuah kedai makan di Sungai Daun.

- Sepanjang bulan April pula, sebanyak 10 kes tembak melibatkan kematian dan cedera dilaporkan media. - Bernama, 30 Julai, 2013.

Jenayah di atas adalah suatu bentuk “kejahatan sempurna” kerana kejayaaan menyempurnakan tugasan mereka yang diupah oleh seseorang atau kumpulan yang di belakang tabir untuk melakukannya.

Apa yang dimaksudkan dengan “kejahatan sempurna” ialah kejahatan yang dengan tepatnya bukan sahaja membunuh mangsa yang disasarkan tetapi “membunuh realiti” itu sendiri, yang “menembak” atau “menikam” kebenarannya.

Persoalan seperti bagaimanakah senjata api mudah diperolehi dan peningkatan bentuk atau pendekatan jenayah yang menggunakan pembunuh upahan dan psikologi mereka yang merancang sudah melupakan kemanuisaan dan mementingkan kehidupan material.

Apa sebenarnya hiperealiti kriminaliti itu sendiri? Ia adalah kejahatan yang begitu direncanakan, disusun dan dikawal, menghasilkan realit sempurna, realiti kekerasan palsu, menjadi tempat persembuyiannya sempurna dari jangkauan awam dan penguatkuasa undang-undang.

Maka kejahatan sempurna berbaur dengan rekayasa kejahatan, realiti kekerasan berbaur dengan hiperkriminaliti dan akhirnya batas di antara keduanya menjadi kabur.

Kekaburan itulah akan membawa kejahatan selalu menyempurnakan dirinya sendiri melalui berbagai topeng, selubung dan kosmetik.

Memandangkan sifatnya yang sempurna itu, iringan simulakranya atau imejnya kejahatan itu akan datang bersiri (seperi siri kes pembunuh upahan) atau silih berganti (seperti kes ragut digantikan dengan jenyah penculikan kanak-kanak atau kes simbahan asid) yang mengancam masyarakat.

Tetapi semuanya tidak pernah terbongkar, tidak ada penyelesaian. Masyarakat tidak pernah mengetahui kebenaran di sebalik kejahatan – seolah-olah ia akan hilang begitu saja- namun akibat kejahatan terus menghantui masyarakat.

Menurut pakar pskologi psikoanalisis, Enrich Fromm, segala kekejaman dan sikap agresif yang berlaku bukan sifat yang berdiri sendiri, tetapi sebahagian daripada sebuah sindrom.

Segala kegiatan dan kejadian kekerasan dan agresif itu diiringi sifat lain yang mengundang dan mengstimulasikan tindakan kekerasan tersebut seperti hirarki yang kaku, terlalu kuatnya dominasi kelompok elit atau kumpulan penguasa ekonomi politik tertentu, terbahaginya masyarakat ke dalam kelas-kelas, suku-suku atau ras-ras.

Sikap agresif melakukan jenayah berat itu sendiri harus difahami sebagai sebahagian daripada karektor sosial yang dibentuk secara budaya, berupa nilai yang ditanamkan kepada masyarakat.

Kekerasan atau jenayah berat yang berlaku tidak dapat dipisahkan daripada keadaan sosial dengan segala bentuk konflik, pertentangan serta perubahan di dalamnya.

Apa yang kita takut dan bimbangkan ialah jenayah berat sering berlaku akhir-akhir tidak akan bertukar menjadi suatu “ritual”, menjadi sebahagian daripada budaya dan penyelesaian dengan mengambil jalan mudah iaitu budaya kekerasan.

Kita juga bimbang budaya kekerasan ini akan bertukar menjadi suatu kebanggaan dan suatu kesenangan.

Di sinilah Islam membina keyakinan dan keimanan bahawa ada pengadilan pasca kematian, adanya barzakh dan alam akhirat, adanya munkar nakir yang akan terjawap di padang masyar kelak.

~Ismail Hashim Yahaya

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.