`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, August 10, 2013

Gani "tahil' dah berat satu tan


Banyak mulut betul la AG ni.. 

Kalau orang politik mesti ungkapan dah lama, dah berakar dilaung laungkan. Tapi bila kita tengok AG ni seolah olah negara kita dah takde lagi orang yang cerdik pandai dalam menjaga hal undang undang negara.

Apakah Gani Setahil jer reti dan memahami undang undang negara? Apakah Gani sebagai AG cukup masak dan matang sebagai seorang pemimpin yang melihat sesuatu perkara dengan skop yang lebih luas dari bait bait perundangan semata mata?

Gani setahil nak jaga rakyat dan negara atau nak jaga hati pembangkang? 

Patut nya menasihat dan membantu kerajaan meringankan beban yang ditanggung, bukannya dari ringan setahil jadi se tan...setan!!!

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Rabu meminta Peguam Negara melihat sisi lain polis yang kini menjalankan tugas tanpa "taring" susulan pemansuhan Ordinan Darurat (EO).
Beliau berkata hanya dengan cara itu mereka akan memahami beban yang terpaksa dipikul pasukan berkenaan dalam membanteras jenayah di negara ini.
"Kami tidak mahu menyanggah apa yang dilakukan oleh Peguam Negara untuk melakukan transformasi. Tetapi fahamilah tugas polis yang 'toothless', yang tidak ada gigi bila EO ini tidak ada.
"Jangan lihat dari segi perundangan sahaja, lihat dari aspek bagaimana masyarakat keseluruhan harus dijaga, bagaimana jenayah harus dibanteras dan hukuman harus dibuat kerana tidak semua perlakuan jenayah ada saksi dan bukti yang nyata," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan, di sini, Rabu.
Sehubungan itu katanya, undang-undang baharu yang bakal diperkenal bagi menggantikan EO harus menyamai peruntukan EO bagi memberi kuasa kepada polis memerangi jenayah terutama membabitkan kes berat.
Menurutnya sejak EO dimansuhkan, kejadian jenayah berat meningkat 90 peratus dan membabitkan bekas penjenayah.
Beliau sebelum ini dilapor berkata susulan pemansuhan EO, lebih 2,600 tahanan di Simpang Renggam, Johor dibebaskan dan ada antara mereka yang kembali terbabit jenayah.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid turut meminta masyarakat memahami kedudukan polis yang semakin kehilangan kuasa.
"Kami bukan mohon simpati pada masyarakat tetapi fahamilah tugas polis, sebab kalau kadar jenayah naik polis yang kena (dipersalahkan), tetapi apabila polis tangkap, dilepaskan... kononnya masalah teknikal dan pendakwaan yang tidak kukuh," katanya.
Sebelum ini Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar juga meminta agar undang-undang baharu menyamai EO bagi membendung jenayah terutamanya membabitkansenjata api yang kerap berlaku kebelakangan ini.
Katanya ketiadaan EO dan tiada saksi yang tampil membantu siasatan menyebabkan penjenayah semakin berani melakukan jenayah yang radikal dan agresif termasuk membunuh menggunakan senjata api. - BERNAMA
Baca juga tulisan blogger otai gerakan-anti-pkr.disini dan blogger justread disini 
Lu FIkir La Sendiri!!!

Putera Merdeka

P/S Gani ... jangan perasan kamu saja pandai undang-lain. Lain dunia  undang-undang yang hanya kertas, dokumen dan buku yang dibaca di bilik aircon, tahukah kamu bagaimana dunia bergerak dan berjalan?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.