`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, August 19, 2013

HARI PELANGGAN POLIS DAPAT SAMBUTAN MENGGALAKKAN

TEMUBUAL...DSP Ooi sedang ditemubual mengenai objektif Program Hari Pelanggan PDRM dengan Masyarakat


RAKAN COP adalah medium perantaran untuk merapatkan jurang antara polis dan masyarakat kerana ia mengambil konsep yang mudah dan praktikal untuk merealisasikan ikatan hubngan kukuh dengan orang ramai melalui pendekatan yang lebih jelas mudah, bersepadu dan tersusun.




Program RAKAN COP adalah bersifat 'Community Oriented Policing' dan 'Smart Partnership', pendekatannya adalah dengan menggalakkan pembabitan orang ramai menggembeling tenaga untuk memerangi jenayah apa jua masalah keselamatan di sekeliling.

Antara impak positif dari pelaksaan program RAKAN COP adalag terbahagi tiga kategori seperti berikut:-

01. Memberi kesan sivik kepada masyarakat mengenai pelbagai sudut keselamatan.
02. Mengeratkan hubungan mesra antara polis dan masyarakat untuk meningkatkan lagi keyakinan rakyat kepada polis
03. Memberi maklumat yang tepat untuk manfaat seluruh masyarakat.

Demikian dijelaskan sendiri oleh DSP Ooi Guan Siew kepada Wartawan Kanan Sabahkini.Net semasa ditemubual eksklusif sempena Progran Hari Pelanggan Polis 'PDRM Bersama Pelanggan' anjuran Ibu Pejabat Polis Sandakan yang diadakan di Pasar Malam Minggu di Bandar Kim Fung dekat sini malam tadi.

Kata Ooi Program tersebut diadakan pada setiap bulan minggu ketiga pada Hari Sabtu dengan tujuan turun padang untuk berjumpa dengan masyarakat bagi menerima pelbagai aduan antaranya mengenai rasa tidak puas hati dengan khidmat polis dan juga mengenai jenayah di sekeliling.


"Disamping itu juga program seumpama ini memberi ruang dan peluang kepada orang ramai yang mungkin tidak bebeberapa selesa pergi ke Balai-Balai Polis yang berhampiran untuk membuat aduan lantas dengan adanya program sebegini mereka boleh melaporkan tanpa pergi ke Balai Polis," jelas Ooi.

Ooi menjelaskan Program Hari Pelanggan Polis ini diadakan setiap bulan minggu pertama di Ibu Pejabat Polis Jalan Pantai dan sambutannya amat menggalakkan daripada penduduk setempat.

Sempena Hari Pelanggan Polis pihaknya mengadakan pameran pelbagai jenis bahan narkotik untuk tatapan dan tontonan pengunjung.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.