`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, August 19, 2013

WASPADA SUNGAI BATU 2 ADA BUAYA

BUAYA...Bahaya kelihatan seekor Buaya penghuni sungai tersebut sedang mencari mangsanya sebagai santapannya


PRESIDEN Pertubuhan Pribumi Sabah (PPS) Datuk Mohd Jeffry Rosmanmemohon jasa baik kepada kerajaan khususnya Jabatan Kerja Raya Tawau mahupun Jabatan Pengairan dan Saliran untuk menaik taraf bagi mendalamkan lagi sungai di Kampung Batu 2 Tawau.





Menurut Jeffrey, setiap kali hujan air yang mengalir melebihi paras daratan kerana sungai itu agak cetek maka berlakunya banjir yang kerap kali menenggelami rumah-rumah di persekitaran termasuklah jalan raya.


Jeffry menegaskan memandangkan keadaan sungai itu nampaknya sudah tidak selamat kerana telah dihuni beberapa ekor buaya dan ini akan memcelakakan kepada penduduk kampung berkenaan silap hari bulan pastinya ada orang yang kena baham buaya dan ini boleh meragut nyawa.


“Saya mewakili penduduk Kampung Batu 2 memohon jasa baik kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Balong Datuk Taufick Datuk Hj Titingan agar mengarahkan mana-mana jabatan kerajaan yang ada hubung kait dengan masalah sungai dan juga membuat operasi penangkapan buaya."


"Kita tidak mahu ada kejadian yang berlaku menimpa para penduduk dibaham buaya yang sememangnya sentiasa mencari mangsanya sebagai santapan hariannya yang membabitkan penduduk kampung terutama sekali kanak-kanak," tambahnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.