`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, August 5, 2013

JPJ AKAN AKTIFKAN SEMULA AES BEBANKAN RAKYAT

AKTIF SEMULA...Pihak JPJ akan mengaktifkan semula AEA akhir  tahun ini
KERAJAAN khususnya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengaktifkan semula  Automatic Enforcement System (AES) yang akan dikuatkuasakan   menjelang akhir tahun ini seperti yang telah diumumkan oleh Pengarah JPJ Sabah baru-baru ini.


Ini jelas Kerajaan Barisan  Nasional (BN) yang telah diberi mandat semula oleh rakyat  pada PRU 13 lalu untuk membentuk  kerajaan semula  dalam jangka lima tahun lagi langsung tidak menghiraukan kehendak rakyat yang membantah sistem ini diwujudkan semula.

Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong Tien Fatt berkata kepada Wartawan Kanan Sabahkini. Net kelmarin ketika diminta mengulas kenyataan Pengarah JPJ Sabah mengenai AES ini.


Kata Wong lagi  bahawa, AES telah dibantah dengan sekeras-kerasnya  oleh orang ramai tetapi kerajaan BN masih berkeras hati untuk mengkhianati kepentingan rakyat, malah menjejaskan kepentingan negara.


"Berdasarkan laporan Parlimen pada 5  May 2013, AES telah beroperasi selama satu tahun dan 80% saman telah dibayar oleh orang ramai. Daripada  nisbah 80%  peratus denda yang dibayar, syarikat swasta yang menguruskan AES telah diberikan sehingga 75% daripada bayaran tersebut (Sebanyak RM 1,355 juta) manakala kerajaan hanya dapat 25% (Sebanyak 342 juta) sahaja,” jelas Wong.

Beliau amat tidak puas hati fenomena ini, juga dan menjelaskan  bahawa denda AES wang  rakyat, kerajaan tidak patutnya menambah beban rakyat demi kepentingan syarikat swasta tersebut dan hal ini adalah amat tidak adil kepada rakyat dan negara.


“Sepatutnya pihak kerajaan  tidak menswastakan AES ini kepada syarikat-syarikat tententu yang ada kepentingan dan ada baiknya AES ini dilaksanakan dan dikendalikan  oleh kerajaan khususnya JPJ sendiri agar segala hasil keuntungan yang diperoleh oleh kerajaan. Maka dana tersebut boleh digunakan untuk pelbagai pembangunan insfrastruktur termasuk menyelenggalarakan kerosakan  jalan-jalan raya  untuk  kepentingan rakyat jelata di negara ini,” tegas Wong.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.