`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, August 21, 2013

Langat 2: Selangor tunggu tarikh mesyuarat pertama

Isu tersebut dijangka dapat diselesaikan menjelang September depan.
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor masih menunggu tarikh mesyuarat pertama bagi menyelesaikan isu pembinaan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) dengan kerajaan Pusat.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, isu tersebut dijangka dapat diselesaikan menjelang September depan ekoran maklum balas positif yang diterima dapat Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA).
“Saya telah mengambil insiatif untuk mengadakan mesyuarat berkenaan.
“Saya juga telah menyerahkan dua pucuk surat. Kini terserah kepada pihak kerajaan Persekutuan melalui KeTTHA untuk menetukan bila tarikh mesyuarat pertama akan diadakan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.
Abdul Khalid berkata, beliau juga telah menghantar wakilnya untuk bertemu dengan pegawai kementerian untuk menetapkan terma dan syarat mengenai perbincangan yang akan diadakan kelak.
Semalam, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dilaporkan berkata masalah pembekalan air bersih di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh tiga bulan.
Bagaimanapun beliau berkata isu itu dapat menemui jalan penyelesaian dalam masa terdekat hanya jika kerajaan Selangor dan Pusat mencapai persetujuan dalam pelbagai perkara dan saling bertolak ansur.
Menurutnya, kerajaan Pusat juga menerima cadangan terperinci daripada kerajaan Selangor berhubung proses penstrukturan semula industri pembekalan air di Selangor, sejak enam minggu lepas.
Beliau berkata rundingan seterusnya bersama kerajaan negeri Selangor akan dilaksanakan selepas itu.
Sebelum ini, Abdul Khalid berkata pihaknya telah menerima surat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bertarikh 19 Jun lalu menyatakan keterbukaan dan bersedia berbincang bagi menyelesaikan penstrukturan semula bekalan air seperti dikehendaki Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.