`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, August 21, 2013

Pelajar Mesir dinasihat lapor diri ke JAIS

Data ini perlu supaya kita tahu siapa sudah balik dan siapa yang masih tinggal untuk kita memastikan kebajikan mereka di Mesir.
SHAH ALAM: Penuntut Mesir daripada Selangor yang telah pulang ke tanah air dinasihatkan supaya melapor dri ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi memudahkan kerajaan negeri mengesan situasi semasa pelajar terlibat.
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor Dr Halimah Ali berkata, pelajar diminta memaklumkan nama
penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan alamat terkini ke emailopsmesir@jais.gov.my bagi memudahkan pihak JAIS menyediakan data pelajar Selangor yang sedang bercuti di Malaysia.
Manakala bu bapa dan penjaga yang ingin mendapatkan perkembangan terkini situasi di Mesir boleh terus berhubung dengan pihak JAISmelalui Ketua Pengarah Bilik Gerakan Ustaz Ahmad Bustaman atau kakitangan bertugas di talian 03-5514 3576/ 3439/ 3520/ 3524.
“Data ini perlu supaya kita tahu siapa sudah balik dan siapa yang masih tinggal untuk kita merancang secara menyeluruh bagaimana hendak
memastikan kebajikan mereka di sana (Mesir),” katanya selepas menghadiri mesyuarat Exco di sini hari ini.
JAIS juga mengambil inisiatif membuka bilik operasi di Tingkat 3, Menara Utara, Bilik Mesyuarat Bahagian Pendidikan Islam, Bangunan
Sultan Idris Shah (SSAS) di sini dan beroperasi 24 jam setiap hari.
Menurut Halimah, seramai 1,479 orang pelajar Selangor berada di Mesir mengikuti pelbagai pengajian melalui tajaan penuh dan juga
persendirian.
“Tetapi setakat ini yang mendaftar untuk mohon pulang ke Malaysia hanya 14 orang…kita masih mengesan dan sedang bekerjasama dengan
kerajaan Pusat untuk membawa mereka pulang dengan selamat,” katanya.
Beliau turut menasihatkan ibu bapa dan penjaga supaya bertenang dan tidak gelisah kerana ada pegawai Hal Ehwal Pelajar yang sentiasa
mengawasi keselematan pelajar di Mesir.
“Setakat ini pelajar kita berada dalam keadaan selamat dan tiada masalah kemalangan atau kehilangan nyawa di Mesir,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.