`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, August 19, 2013

Melayu melarat kerana UMNO

Ahli Parlimen DAP Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz
RAUB, 19 OGOS: Kemelaratan dan kesusahan hidup yang dialami sebahagian besar orang Melayu bukan kerana bangsa lain atau malas sebaliknya kerana ketamakan pemimpin Melayu sendiri.
Tambah menyedihkan, bukan setakat itu, DAP pula yang sering dituduh mahu ‘menjatuhkan’ Melayu semata-mata takut kepada perjuangannya yang semakin diterima baik masyarakat Malaysia.
Demikian ulas Ahli Parlimen DAP Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz yang menempelak UMNO kerana sering menuding jari menyalahkan bangsa lain terhadap ‘bala’ yang menimpa orang Melayu.
“Saya rasa elok kita beri sedikit pencerahan supaya orang Melayu sedar bahawa UMNO adalah sebuah parti feudal yang menjaga kepentingan elit dan Melayu terpilih,” ujar beliau.

Katanya, UMNO akan cuba sedaya upaya menunggang nama ‘Melayu’ hanya semata-mata demi kekayaan dan kejayaan kelompok mereka sendiri.
“Sebab itu kita tidak perlu hairan bila bangsa lain malah DAP sendiri dipersalahkan atas kegagalan orang Melayu bersaing dan berjaya.
“Sebenarnya orang Melayu terus diperbodohkan pemimpin UMNO yang korup. Mereka juga yang banyak menolong tauke Cina merompak negara ini,” kata beliau.
Mohd Ariff Sabri berkata, kenyataannya itu berdasarkan pengamatan yang dibuat sendiri oleh tokoh pendidikan negara, Pendita Zaaba.
“Kesusahan orang Melayu disebabkan pemerintahan yang terdiri dari bangsa mereka sendiri. Ini bukan saya yang kata- ini adalah pengamatan Pendita Zaaba sejak 1927 lagi yang tetap releven sampai hari ini,” ujar Mohd Ariff Sabri.
Justeru itu, beliau mahu pemimpin UMNO sedar bahawa di sebalik kejayaan mereka ialah bangsa Cina dan usah lagi berpura-pura di hadapan orang Melayu.
“Janganlah pimpinan UMNO hendak menipu orang Melayu. Kita makin sedar siapa sebenarnya mereka,” katan beliau.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.