`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, August 19, 2013

Rupanya Najib, Zahid Hamidi Tidak Sehaluan

Datuk Seri Najib Razak tidak bersetuju dengan desakan mengembalikan penahanan tanpa bicara untuk mengekang peningkatan jenayah kerana penambahbaikan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) wajar seiring dengan hak asasi manusia dan tahanan tanpa bicara bercanggah kerana penjenayah tidak boleh dibuktikan melakukan jenayah.

Perdana Menteri menegaskan kerajaan memandang serius peningkatan kadar jenayah dan polis sedang menanganinya menggunakan akta sedia ada.

"Kita cuba cari keseimbangan sebaik-baiknya daripada segi kesan hak asasi manusia dan kepentingan awam berdasarkan kepada hasrat kerajaan untuk menjaga kepentingan rakyat, kepentingan awam termasuk ketenteraman awam.

"Oleh itu, kerajaan sedang melihat keadaan ini supaya hak asasi individu tidak terjejas di samping kepentingan awam dilindungi," katanya ketika menjawab isu rancangan kerajaan untuk menambahbaik Akta PCA dalam sidang media di Kementerian Kewangan hari ini.

Kenyataan Najib dilihat bertentangan dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan selepas pemansuhan Akta Ordinan Darurat (EO) lebih kurang 260,000 penjenayah bebas di luar sana.

Najib menekankan walaupun ketenteraman awam menjadi keutamaan, hak asasi manusia juga tidak boleh diabaikan.


"Ini adalah keseimbangan yang perlu kita capai dalam hasrat kita mewujudkan masyarakat lebih matang,"katanya. ~the malaysian insider

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.