`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, August 18, 2013

MUSA AMAN BAKAL KEHILANGAN PENGUNDI TEGAR UMNO DI SANDAKAN?

BUKTI...KK Norkiah menunjukkan surat permohonan tanah seluas 17 ekar sejak tahun 2000 Kampung Cenderamata
MEREKA bukan tidak mahu berpindah ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Taman Anggerek Batu 5 Jalan Sibuga, walaupun keadaannya lebih selesa daripadakeadaan di Kampung Cenderamata dari segi aspek kemudahan asas yang cukup lengkap berbanding kampung yang terbakar ini.




Tetapi masalahnya mereka tidak berkemampuan untuk membayar deposit sebanyak RM1,000.00 sedangkan makan seharian kini masih dibawah tanggungan Jabatan Kebajikan Masyarakat, kalau sekadar bayar sewa bulanan hanya RM100,00 hingga RM200,00 mereka masih lagi berkemampuan.


Cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong Datuk Hj Samsudin Yahya memang baik kerana ingin menempatkan mereka di tempat yang lebih selesa dan keselamatan merekapun agak terjamin berbanding di Kampung Cenderamata.

Begitulah serba ringkas penerangan Ketua Kampung Cenderamata Puan Norkiah Abu Ghafar ketika menjelaskan kepada Wartawan Kanan Sabahkini.Net semasa diwawancara dilokasi bekas kebakaran kelmarin.

Yang paling menyedihkan sekali tambah Norkiah semasa ADUN Sekong datang menjenguk mangsa-mangsa kebakaran, ada beberapa orang minta kebenaranuntuk mereka membina semula rumah diatas tapak namun jawapan Samsudindihadapan orang ramai berbunyi begini: “Kamu tidak dibenarkan membina semula rumah-rumah di tapak ini kerana ini tanah milik swasta lagipun kampung ini belum digazet dan belum diiktraf sebagai perkampungan rasmi ia masih kampung haram”.

Kalaupun memang benar tanah itu tanah kepunyaan swasta tapi janganlah cakap secara langsung di hadapan mangsa-mangsa berkenaan. Apa salahnya cakap saja saya akan cuba bincang dengan pihak MPS kan bagus jadi tiada sesiapa yang berkecil hati dan tersinggung,” ujar Norkiah.

Katanya lagi Kampung Cenderamata sudah pun dipohon seluas 17 ekar di Jabatan Tanah dan Ukur sejak tahun 2000 lagi PT 20-02070161 rujuk surat: PPHT (S)73/200/4 bertarikh 15/07/2002 dan tanah ini adalah merupakan State Land.

Menurut Norkiah lagi Kampung Cenderamata wujud sejak zaman era pemerintahan Kerajaan PERIKATAN USNO iaitu pada tahun 1970 an lagi yang mempunyai penduduk seramai 690 dan pengundi seramai lebih 300 orang yang terdiri daripada rakyat tempatan.

“Sebagai Ketua Kampung yang mewakili penduduk seramai 690 orang dan 300 pengundi tegar Barisan Nasional (BN) saya merayu jasa baik kepada kedua-dua Wakil Rakyat Sekong dan Batu Sapi agar membawa perkara ini ke pihak kerajaan khususnya Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) agar memberi pertimbangan sewajarnya untuk mereka dibenarkan semula membangun atau mebina rumah-rumah baru diatas bekas tapak kebakaran. Tanggungjawab ini adalah untuk menjaga hati para pengundi tegar BN/UMNO supaya mereka tidak berkecil hati dan ini juga demi mengelakan mereka tidak berpaling tadah kepada kerajaan BN,” tegasnya.
Sebagai wakil rakyat mesti mengutamakan kepentingan rakyat kalau rakyat mahu terus menyokong kerajaan selaras dengan slogan Rakyat Didahulukan PencapaianDiutamakan dan Janji Ditepati,” ujar Noorsiah.

Dalam hal ini saya minta Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Hj Aman agar campurtangan mengenai permasalahan ini yang mungkin tiada kesudahannya ekoran kedua Wakil Rakyat yang langsung tidak mempunyai tanggungjawab untuk telus dan ikhlas membantu kepada mangsa-mangsa kebakaran yang kini dalam kedaifan.

Mereka setuju berpindah ke Taman Anggerek tetapi semua kos pembayaran deposit RM1,000.00 ditanggung oleh pihak kerajaan atau ADUN biarlah bayaran sewa bulanan mereka yang tanggung sendiri.
Kenapa Ketua Bahagian UMNO Sandakan boleh membantu rakyatnya yang menjadi mangsa pembongkaran 2 deret rumah panjang di Sim-Sim pada tahun 2010 hanyadengan menggunakan kuasa politiknya? Lantas mangsa seramai 25 keluarga berjaya menduduki rumah PPR di Gum-Gum tanpa membayar satu senpun deposit. Itulah namanya pemimpin berjiwa rakyat. Mereka ini yang seramai 300 orang mangsa adalah orang-orang kuat UMNO/BN dan pengundi tegar BN, kenapa terus terpinggir?” kata Norkiah lagi.

"Kalau perbuatan Tan Seri Ampung dapat dicontohi oleh kedua-dua wakil rakyat tersebut alang kah bagusnya dan sudah pastinya rakyat kawasan Batu Sapi semakin sayang kepada Samsudin dan Linda Tsen dan kedudukkan UMNO dan BN bertambah kuat,"tambahnya lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.