`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, August 11, 2013

Panas! BR1M RM1,200 Mulai Tahun Depan?


Tahniah kepada rakyat Malaysia kerana akan menerima kenaikan kadar bantuan rakyat 1Malaysia seperti yang dijanjikan oleh najib pm kita yang hebat.....

Tapi jangan terlalu yakin dengan janji dan cakap-cakap mereka apabila menteri mereka mula memusing lidah dengan kenyataan terbaru hanya kenaikan maksimum 4 tahun lagi sebelum pru akan datang.

Tahun depan hanya kenaikan sedikit daripada RM500 juga mungkin hanya tinggal janji dengan kedudukan kewangan kerajaan yang goyah ketika ini....


Kadar BR1M naik tahun depan, kata Ahmad Husni - Bernama

Kadar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dinaikkan tahun depan, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini.

Katanya perkara itu akan diusul pada pembentangan Belanjawan 2014, Oktober ini, selain kerajaan turut melihat kemungkinan meletakkan BR1M sebagai inisiatif di bawah Dasar Jaringan Keselamatan Sosial.

"Kita melihat untuk menaikkan kadar BR1M seperti yang dijanjikan kepada rakyat. Kita melihat untuk dinaikkan sehingga maksimum RM1,200 barang kali dalam tempoh empat hingga lima tahun dari sekarang. Untuk tahun depan kita naikkan sedikit," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di sini.


BR1M yang diberi kerajaan sejak tahun lepas adalah antara inisiatif untuk membantu golongan berpendapatan rendah iaitu kurang daripada RM3,000 sebulan, dengan kadar RM500 untuk satu isi rumah.

Ahmad Husni berkata kerajaan juga melihat kemungkinan untuk melaksanakan dasar rasionalisasi subsidi yang memastikan hanya kumpulan sasar yang layak menikmatinya.

Ini kerana katanya kaedah pelaksanaan sekarang dinikmati oleh semua golongan termasuk yang berpendapatan tinggi dan orang kaya, sekali gus tidak memenuhi matlamat sebenar pemberian subsidi itu. - kedahkini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.