`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, August 24, 2013

Politik Bukan Perkauman


Dalam buku nya One Man’s View of The World, yang di tulis oleh Lee Kuan Yew, ada satu bab yang bertajuk Malaysia: A Different Path. Dalam bab itulah Lee Kuan Yew menyatakan bahawa jangan letak harapan yang tinggi kepada pembangkang (PR) untuk melakukan perubahan kepada politik yang bersandarkan perkauman.

Ini konteks yang dipercakapkan oleh Lee Kuan Yew. Kepada nya, pihak pembangkang tidak mempunyai agenda besar bagaimana mahu menukar politk perkauman Malaysia. Kepada Kuan Yew, penyatuan parti dalam PR adalah disebabkan oleh agenda asas untuk menggantikan BN sebagai kerajaan. Dan bila PR menjadi kerajaan, dasar politik perkauman yang mengutamakan orang Melayu akan terus dilaksanakan.

PAS dilihat oleh Kuan Yew sebagai pati yang akan berdepan dengan tekanan2 dari orang Melayu sebagaimana UMNO berdepan dengan nya. Sebagaimana UMNO tidak berupaya membuat perubahan radikal kepada politik perkauman, PR juga akan beroperasi demikian. PR belum diuji dan bila ujian getir tiba, maka ia akan bertindak seperti UMNO dan BN.

Isu dasar disini ialah bukan siapa akan perintah atau tidak. Isiu dasar nya ialah adakah yang memerintah itu terdaya untuk melakukan perubahan kepada politik perkauman yang ada sekarang. Mengikut Lee Kuan Yew, politik perkauman yang diamalkan oleh Malaysia menyebabkan negara kita berada dalam keadaan tidak ada kelebihan. Kenapa? Kerana dasar yang diamalkan oleh Malaysia akan meyebabkan kolam bakat atau talent pool untuk membangunkan negara menjadi semakin kecil. Fakta nya, mana2 negara pun memerlukan himpunan bakat dan kualiti manusia yang tinggi untuk membangun. Amerika sebagai contoh melbesarkan talent pool dengan kemasukan pelbagai bangsa kedalam negara itu yang dijadikan rakyat Amerika.

Akhbar perdana kita hanya menyebut bahawa pihak PR tidak akan mampu menjadi kerajaan Malaysia. Itu pandnagan berat sebelah dari akhbar pertama yang melapurkan mengenai interpretasi dari buku Lee Kuan Yew tersebut. Semua orang tahu apa Bernama lakukan dan kepentingan siapa mereka wakili. Jadi pandangan berat sebelah yang diberitakan oleh Bernama tidak menjadi suatu yang menghairankan.

Jika sesiapa membaca buku tersebut, mereka juga diberitahu oleh Lee Kuan Yew bahawa konsep 1Mlaysia yang dicanangkan oleh Najib tidak pratikal dan tidak akan berjaya. Kita berkongsi 1Malaysia tapi rakyat tetap hidup berasingan mengikut bangsa dan kebangsaan mereka. Jika saya mahu, saya juga boleh menterjemahkan 1Malaysia sebagai konsep angan2 Mat Jenin kerana Najib juga tidak mempunyai agenda besar melainkan koleksi slogan2 yang mengembirakan hati sahaja tapi kosong dari segi nilai perlaksanaan.

Saya berpendapat bahawa orang Melayu tidak perlu takutkan politik bukan perkauman. Politik bukan perkauman boleh diasaskan diatas negara yang mengamalkan perintah mengikut undang dan bukan perintah ikut budibicara. Politik bukan perkauman juga boleh dijayakan diatas system ekonomi yang ditentukan oleh tenaga pasaran bebas.

Komposisi kaum mutakhir ialah Melayu dan Bumiputera adalah 69%. Bukan Melayu ialah 31%. Dikalangan bukan Melayu, orang Cina merupakan glongan terbesar iaitu sebanyak 24%. Apa pun yang akan terjadi, orang Cina dan India bangun dan sedar dan memahami bahawa mereka hidup dalam negara yang majority Melayu. Oleh yang demikian mereka ada suatu pilihan untuk mara kehadapan yakni dalam sebuah negara yang memperakui bahwa negara ini adalah negara berbilang bangsa dimana setiap bangsa mempunyai hak yang sama keatas negara ini.

Adakah perakuan bahawa semua kita mempunyai hak yang sama keatas negara ini meletakkan orang Melayu pada landasan disadvantage atau kerugian? Kita fikirkan perkara ini.

Saya tidak fikir demikian kerana sesiapa yang memerintah akan memfaktorkan fakta ini yakni apa pun mereka buat, mereka akan memperakui bahawa kupulan majority ialah orang Melayu. Oleh kerana mereka majority tentulah kepentingan mereka akan mendapat pengutamaan dari segi tekanan2. Ini memerlukan sebuah keajaan yang tegas dan berani yang boleh mengimbangankan kepentingan2 bangsa.

Identifikasi kepentingan bersandarkan kepada kaum boleh diatasi jika kita memusatkan perhatian kepada isu bukan kepada bangsa yang menjadi bahan isiu tersebut. Sebagai conotoh: kemiskinan. Jika kita fokuskan kepada konsep kemiskinan itu sendiri dan bukan siapa yang miskin, kita akan sedar bahawa kemiskinan melanda semua kaum. Sesiapa yang dikategorikan sebagai miskin, mesti mendapat bantuan dalam bentuk rupa yang disepakati bersama. Jika kemiskinan itu di tandakan oleh pendapatan RM1500 sebulan, maka sesiapa sahaja yang mempunyai tahap pendapatan yang demikian mempunyai hak yang sama untuk berharap tindakan penyelesaian yang sama.

Adakah parti2 politik dalam negara kita bersedia untuk menukar politik perkauman dalam negara kita? Dan soalan ini saya tujukan kepada  semua parti termasuk DAP parti saya.

Sebagai permulaan, berani atau tidak kita bersetuju bahawa mana2 parti yang mengemukakan calun dalam PRU mengemukakan pencalunan mengikut komposisi demografi? Sebagai contoh- sanggupkah DAP mengemukakan calun nya mengikut kadar 69:24: 7 yakni 69% dari calun nya mesti Melayu/Bumputera, 24% Cina dan 7% India?  Dan soalan yang serupa kepada UMNO. Sanggupkah UMNO mengemukakan calun nya mengikut kadar yang serupa yakni 24% dari calun nya mesti Cina, dan 7% calun nya India?  Berani atau tidak negara ini meluluskan undang PRU yang berkehendakkan bahawa mana2 pari yang mahu bertanding mesti mengemukakan calun mereka mengikut kadar ini? yang tidak berani melakukan demikian, tidak berhak bertanding dalam PRU?

Jika kita tidak sanggup, maka kita mesti belajar unuk menghormati kepentingan yang kita ada yang bersifat sama dari segi undang2.

Posted by sakmongkol AK47

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.