`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, August 18, 2013

Setelah 5 tahun Kedah tidak berhutang dengan Pusat mai Mukhriz dia nak buka buku semula...


Kedah minta bantuan Pusat projek mitigasi banjir

JERLUN - Kerajaan Kedah akan memohon peruntukan daripada kerajaan pusat untuk melaksanakan projek mitigasi banjir serta membaik pulih dan mengindahkan sungai di negeri itu terutama yang berhampiran bandar raya Alor Setar.

Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata sungai-sungai di Kedah yang dulunya indah, kini tercemar dan tidak berfungsi dengan baik, dipercayai disebabkan pembalakan yang berleluasa di kawasan bukit dan gunung. [Alasan yang tak dapat diterima..nak kata berleluasa keluasan balak adalah sama seperti tahun BN memerintah.. kemudian setiap penebangan dipantau oleh Jabatan Hutan]

"Kalau berjaya, projek pengindahan sungai ini boleh jadi tarikan pelancongan bagi Kedah dan bandar raya Alor Setar. Soal dana kita sedang bincangkan dengan kerajan pusat khususnya Kementerian Kewangan.

"Saya rasa projek itu akan memakan belanja yang besar. Kita mungkin boleh cuba panjangkan projek dalam tempoh 10 tahun supaya peruntukan dana setiap tahun boleh dibiayai kerajaan pusat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Jamuan Hari Raya peringkat Dewan Undangan Negeri Ayer Hitam di Padang Sera, di sini hari ini.

Katanya projek pengindahan dan balik pulih sungai itu akan bermula di muara sungai sehingga ke hulu dan akan turut melibatkan Jeti Kuala Kedah.

"Dua perkara perlu dilihat. Yang pertama soal pembalakan supaya tidak pada tahap mencemarkan sungai. Kedua industri...tak nak industri buang sisa pengeluaran dan sungai dan cemarkan sungai," katanya.

Mukhriz berkata projek mitigasi banjir dan baik pulih sungai itu merupakan antara perkara yang beliau bincang dengan Datuk Seri Najib Tun Razak ketika kunjungan sehari suntuk Perdana Menteri ke negeri ini semalam.

"Kami ada bincang apa jenis bantuan kerajaan pusat boleh beri kepada negeri. Perdana Menteri minta saya mengemukakan permohonan-permohonan melalui pembentangan secara langsung kepada beliau sendiri untuk pertimbangan

"Kita sebuah negeri yang banyak bergantung kepada peruntukan dana kerajaan pusat. Hutang dah sampai RM3 bilion. Kita perlu bantuan kerajaan pusat supaya menjana pendapatan negeri, dengan matlamat akhirnya kita nak bayar hutang. Saya tak mahu (Kedah) jadi negeri sentiasa menerima tetapi langsung tak beri balik," katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.