SAH... (Dari kiri) Datuk Seri Shafie Apdal, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi masing-masing mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO, pagi ini.Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2013, Tan Sri Tajol Rosli pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, sebentar tadi.
CALON Naib Presiden UMNO 2013, Datuk Mukhriz Mahathir menjawab soalan media selepas mengadakan pertemuan ringkas dengan Ahli Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2013"Ini adalah pertama kali saya menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO. Apabila dilihat sokongan berdasarkan undi yang diperolehi, ia adalah satu kejutan buat diri saya," katanya ketika ditemui media di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, sebentar tadi.


No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.