Saravanan tiada niat nak dengar jawapan guru besar sekolah tapi asyik mencelah dan cari salah. Dia hanya mahu orang dengar cakapnya, syarahannya dan soalannya saja. Dia memang cari gaduh. Itu jelas ...namun kita pula tidak boleh emosi saja dalam memberi reaksi. Perlu beri jawapan.
Jawapan utk isu semalam:-
1) Dalam Perlembagaan Persekutuan, perkara 3 mengatakan Islam agama rasmi Malaysia,tetapi agama lain bebas diamalkan.Dalam perkara 11,tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4).
Apabila bercerita tetang agama rasmi, maka acara yang melibatkan agama Islam mewakili upacara utama di Malaysia. Maka, upacara penyembelihan di sekolah itu adalah dibenarkan kerana ini bukan sekadar upacara keagamaan, tetapi ini adalah upacara negara kita yang mendokong Islam sebagai agama rasmi.
Malah, tidak ada pun halangan daripada Malaysia untok agama lain mempraktikkan upacara mereka, tetapi bukan di sektor-sektor awam. Kerajaan Malaysia membenarkan agama lain membuat upacara mereka di mana-mana sahaja, tetapi bukan secara rasmi yang melibatkan pekerja awam, pelajar sekolah atau mana-mana agensi kerajaan.
2) Kenapa babi tak boleh disembelih di sekolah? Kerana tidak ada secara khusus mana-mana upacara agama bukan Islam seperti Buddha atau Hindu yang menyuruh umatnya menyembelih babi beramai-ramai. Perkara 3 telah mengatakan bahawa 'tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya', tetapi adakah agama yang menyuruh umatnya untok menyembelih babi di khalayak ramai?
Islam, memang dianjurkan untok melakukan ibadah Qurban seperti yang dinyatakan di dalam Al-Quran:
" Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syari`atkan ibadat menyembelih korban supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat. " Surah Al Hajj 22:34)
3) Tidak ada double standard di dalam hal ini. Encik yang menelefon itu mempersoalkan kenapa agama Islam boleh, agama lain tak boleh. Apa yang agama lain tak boleh? Orang Buddha menggunakan jalan raya (yang menganggu trafik, tetapi kita Malaysia kan, toleransi diutamakan) untok membuat upacara Cap Go Meh, orang India menggunakan jalan raya utama bagi perayaan Depavali dan Thaipusam sehingga menyebabkan trafik sangat sesak, tetapi kami tidak merungut kerana kami (Islam) faham bahawa toleransi agama itulah segala-galanya.
Orang Sikh boleh memakai serban mereka di sekolah (orang Islam pun tak boleh tahu tak?) dan kaum-kaum yang ikut agama lain juga dibenarkan. Cuma, apa yang tidak DAPAT dilakukan oleh yang bukan Islam adalah membuat upacara rasmi di sekolah. Itu sahaja. Nak buat di tempat lain, silakan.
4) Sepatutnya isu ini langsung tidak perlu dibangkitkan. Apa sebenarnya masalah yang hendak dibangkitkan? Encik, kalau encik mengadu di Kementerian pun, apa yang encik harapkan di peringkat itu? Adakah dengan Kementerian tidak membenarkan lagi upacara penyembelihan itu bakal memakmurkan lagi agama Encik? Adakah dengan mengadu di Kementerian, ada upacara agama Encik boleh dibuat di sekolah?
Tidak ada maknanya! Jika encik bercakap tentang KEADILAN, encik tersilap antara KEADILAN dengan KESAMARATAAN. Tidak. Kita mengamalkan toleransi. Kalau kami (Islam) boleh bertoleransi dengan agama anda, anda juga perlu fahami dan bertoleransi dengan agama kami. Kalau encik menyamakan menyembelih lembu itu sama ertinya dengan menyembelih babi (kerana India sensitif dengan lembu, dan Muslim sensitif dengan babi- berlainan pola kesensitifannya), maka ianya langsung tidak masuk akal.
Kami sembelih lembu tidak ada kena mengena langsung untok provok agama Hindu. Bukan itu niat kami. Ini adalah suruhan Tuhan kami, dan kami akur dengan suruhan tersebut. Mungkin di sini ada percanggahan kepercayaan antara Hindu dan Islam dalam isu lembu ini, tetapi kalau encik sentiasa berlapang dada menerima hakikat pandangan kami terhadap lembu,alangkah baiknya. Kita hidup aman harmoni.
Kami tidak menghina agama Encik, tetapi, dengan perbuatan encik mempertikaikan upacara agama kami, samalah seperti kami meletakkan paku di tangga-tangga Batu Caves.
Salam 1 Malaysia.
Mufarwa Farid,
17 Oktober 2013,
Jam 2133.
Kenapa tak lakukan di surau atau masjid?
Menjawab berdasarkan undang-undang dan peraturan memang senang dan mudah, tapi nak meyakinkan bukan senang. Isu Saravanan sebenarnya hanya satu iaitu kenapa tak jaga sensitiviti orang India yang mana anak-anak India juta turut bersekolah di situ.
Cara menngenadalikan sesuatu seensitiviti bukan menjawab guna peraturan dan undang-undang. Ini melibatkan hati dan perlu dimenangi adalah hati. BUkan nak menang debat.
Saravanan ada point bahawa kita perlu jaga sensitiviti dan timbangrasa pada kaum lain juga walaupun kita kaum majoriti. Agak kasar contoh Saravanan menyebut tak bolehkah babi disembelih di sekolah. Orang Islam mudah melenting bila ada babi di jual dan di bela di mana-mana.
Adakah kita sensitif pula tentang dagng lembu kepada orang berugama Hindu dan Buddha vegetarian. Kita menjemput mereka datang ke majlis kahwin kita tapi kita tidak fikirkan pasal ada orang cina dan india tak makan daging lembu dan daging langsung. Lauk dalca kita pun dimasukkan daging. Nasi minyak pun guna ghee dari lembu.
Betul kita mahu galakkan ibadah korban tapi adakah ibadah ini releven untuk kanak-kanak sekolah? Kalau mahu pun di beri bimbingan kepada kanak-kanak tentang ibadah ini, kenapa perlu dibuat di halaman sekolah. Ini tak pernah dilakukan sebelum ini.
Bukankah lebih sesuai dilakukan di surau dan massjid oleh imam dan bilal dengan anak-anak sekolah mendapat pengalaman saja dulu. Bila dewasa baru praktikalkan!
Kadang-kadang pihak sekolah terlalu over dalam nak mengajar dan menerapkan ilmu dan amalan ugama kepada anak-anak sekolah hingga melebihi ruang mata pelajaran. Lainlah kalau sekolah itu sekolah ugama.
Mana ibu bapa? Kenapa mereka tak mainkan peranan dan harapkan sekolah mainkan peranan mengajar lmu ugama pada anak-anak? Ramai ibu bapa tak mahu hantar anak ke sekolah ugama lalu meletakkan tanggungjawab kepada guru-guru.
Sikap ibu bapa melalui PIBG pun suka beri tambahan beban kepada guru-uru dan mintak guru-guru buat ini dan itu. Tapi bila minta sumbangan wang untuk jalankan program sekolah, kedekut nak kasi RM50 pun, Harapkan bajet sekolah yang terhad juga yang keluar.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.