Usap Bahu Cabul Menantu
[HM] Tampin: Seorang pemimpin politik di daerah ini ditahan polis 7 Oktober lalu kerana disyaki mencabul menantunya di sebuah rumah di tanah rancangan (FELDA) Jelai, Gemas, dekat sini.
Ketua Polis Daerah Superintendan Wooi Kooi Cheang berkata, mangsa berusia 23 tahun baru berkahwin dengan anak suspek tahun lalu dan tinggal serumah bersama suspek berusia 50-an di tanah rancangan berkenaan.
Menurutnya ketika kejadian 22 September lalu, mangsa yang berehat di ruang tamu rumah dihampiri suspek jam 8 pagi yang secara tiba-tiba mengusap tangan kiri dan bahu mangsa, kononnya untuk melihat kesan lebam akibat wanita itu terjatuh sehari sebelumnya.
“Mangsa yang terkejut bangun dan menuju ke dapur, tetapi dia diekori suspek. Lelaki itu kemudian bertindak lebih berani memeluk mangsa dari belakang dan mencium lehernya beberapa kali.
“Mangsa yang tidak selesa dengan keadaan itu menceritakan kejadian kepada suami dan mereka berbincang bagi mencari penyelesaian. “Bagaimanapun, selepas lebih seminggu tiada kata putus diberikan suaminya, mangsa nekad menghubungi adiknya,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin, petang semalam.
Wooi berkata, adik mangsa kemudian datang mengambil mangsa di FELDA berkenaan 3 Oktober lalu dan selepas berbincang dengan keluarga, laporan polis dibuat di Ampang, Selangor pada 6 Oktober lalu berhubung kes cabul itu.
Beliau berkata, suspek ditahan 7 Oktober lalu dan direman selama empat hari.
“Suspek sudah dibebaskan pada 10 Oktober lalu dengan jaminan polis selepas keterangannya direkodkan. Polis kini menjalankan siasatan kes ini mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya.
Katanya, seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau dua daripadanya jika sabit kesalahan.
P/s: Suami mendiamkan diri walaupun isteri dicabul oleh bapa sendiri? Dayus!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.