`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, October 21, 2013

REKTOR AL AZHAR MELARIKAN DIRI DAN POLIS MENUTUP PINTU PEJABATNYA DENGAN RANTAI.

REKTOR AL AZHAR MELARIKAN DIRI DAN POLIS MENUTUP PINTU PEJABATNYA DENGAN RANTAI.

Suatu yg tidak pernah berlaku dalam sejarah universiti terulung di dunia bilamana rektornya melarikan diri daripada taufan manusia para pendemo yg menolak rampasan kuasa tentera dan menuntut pemecatan beliau serta syeikh Al Azhar.
Pasukan keselamatan menutup pintu-pintu pejabat pentadbiran universiti, manakala pengawal keselamatan universiti menutup pintu-pintu utama dan berdiri di belakangnya.
Pelajar- pelajar Al Azhar di Kaherah telah berdemo pagi Ahad dlm demo yg cukup besar menolak rampasan kuasa tentera berdarah di mesir serta menyokong kesahtarafan"الشرعية".
Mereka menekankan akn mengadakan mogok umum dan menyeluruh hingga kembalinya
kesahtarafan"الشرعية".
Disebabkan bilangan yg agak ramai pelajar-pelajar keluar ke jalan an-nasr di hadapan pintu masuk utama universiti berdekatan dgn bangunan fakulty dakwah beberapa meter sebelum Dataran Rabaah di hadapan kawasan penyembelihan minasoh lalu,menyebabkan pihak keselamatan merasa bimbang dan takut,lalu menyekat jalan tersebut dengan damai berduri dan menjadikannya kawasan tentera.

Assyabu.org

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.