Kita dikejutkan dengan isu warga Indonesia disyaki bertugas sebagai Pengawal Keselamatan yang menembak mati seorang pegawai bank di ibu negara baru-baru ini. Susulan kejadian itu, berbagai alasan yang diberikan oleh kerajaan bahawa warga asing tidak dibenarkan terlibat sebagai Pengawal Keselamatan di negara ini. Namun, penafian itu amat daif apabila semakin banyak bukti-bukti dikeluarkan sememangnya ramai warga asing kini ditugaskan menjaga hal ehwal keselamatan di negara ini. Akibatnya, banyak kejadian jenayah berlaku di sana sini dan amat sukar untuk dibendung. Sementara itu kerajaan juga menafikan ada warga asing yang terlibat sebagai anggota Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA), walau pun ada pihak yang mendakwa ia berlaku. Kini, paparan berita dari TV Indonesia ini jelas sekali membuktikan kepada kita bahawa adanya warga asing terutamanya dari Indonesia terlibat sebagai Askar Wataniah di Malaysia. Pengakuan ini sungguh mengejutkan walau pun ia disiarkan beberapa tahun yang lalu oleh TV terbabit. Apakah ia benar berlaku, atau sekadar fitnah semata-mata. Kementerian Dalam Negeri (KDN) digesa menjawab kemuskilan pendedahan panas ini demi menyakinkan rakyat. Jika benar dakwaan ini, bermakna ini satu kes yang amat mengejutkan kerana syarat utama menjadi askar wataniah ialah seseorang itu mestilah Warganegara Malaysia yang sah.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.