Wednesday, November 20, 2013
Remaja 13 tahun ditahan dalam ops banteras pelacuran
Bukan Gambar sebenar
Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun adalah antara empat yang ditahan dalam operasi membanteras kegiatan pelacuran di kawasan Bandar Sandakan di Sandakan semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan Supt Fadzil Mohd Ali berkata tiga wanita yang ditahan dalam operasi pada pukul 10.45 pagi itu berusia antara 23 hingga 39 tahun.
Beliau berkata serbuan dilakukan di sebuah premis di tingkat tiga sebuah bangunan di Jalan Dua dan hasil pemeriksaan menemui buku kecil mengandungi catatan bayaran pelanggan dan peralatan disyaki digunakan untuk aktiviti pelacuran.
Dua yang ditahan masing-masing memiliki pasport antarabangsa Filipina dan kad pelarian IMM 13, seorang lagi memiliki kad pengenalan permastautin tetap Malaysia dan remaja perempuan itu memiliki sijil lahir negara ini, katanya.
- Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.