`




THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!





Thursday, July 31, 2014

Penceramah ‘serbuk kari’ dibebaskan dengan jaminan polis

Shahul yang juga naib johan program realiti Pencetus Ummah, berjanji kejadian tersebut tidak akan berulang dan mengakui kesilapan yang dilakukan.
Datuk Abdul Rahim HanafiPETALING JAYA: Penceramah bebas, Shahul Hamid  telah ditahan polis di rumahnya di Kampung Matahari Naik, Teluk Kumbar pagi tadi bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya yang didakwa menghina kaum India.
Difahamkan, Shahul dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) sebelum dibebaskan kira-kira pukul 12.30 tengah hari dengan jaminan polis sehingga 14 Ogos ini dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, semalam lebih 30 laporan polis telah diterima pihaknya dalam kes yang membabitkan Shahul.
“Kes ini disiasat oleh Polis Selangor kerana ia berlaku di negeri berkenaan dan kita juga membebaskan Shahul dengan jaminan polis,” katanya.
Sementara itu, sejurus dibebaskan, Shahul tampil dalam sidang akhbar di Masjid Bandar Perda bersama Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa dan mengulangi permohonan maaf yang dibuatnya semalam melalui video yang dimuat naik di laman YouTube.
Shahul yang juga naib johan program realiti Pencetus Ummah, berjanji kejadian tersebut tidak akan berulang dan mengakui kesilapan yang dilakukan.
“Saya kesal dengan tindakan ini dan mengakui sudah melakukan kesalahan yang telah menimbulkan kemarahan orang terutama kaum India di negara ini.
“Manusia tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan. Oleh itu, dengan rasa rendah diri saya memohon maaf kepada semua serta berharap diberikan peluang untuk saya memperbetulkan kesalahan ini,” katanya.
Sementara itu, Mujahid turut menjelaskan bahawa kenyataan penceramah bebas itu tidak mewakili suara PAS walaupun beliau mengesahkan bahawa pendakwah berkenaan merupakan ahli parti itu.
“Mujahid dalam pada masa yang sama berharap perkara itu tidak dipanjangkan kerana boleh mewujudkan suasana tidak sihat dalam masyarakat majmuk di negara ini,” katanya.
Sementara itu, Persatuan Progresif India Malaysia (MIPAS) kecewa dengan tindakan Mujahid  yang menganggap kes Shahul yang didakwa menghina kaum India kini sudah selesai.
Menurut  Setiausaha Agung Persatuan Progresif India Malaysia (MIPAS), S.Barathidasan, Mujahid mendakwa bahawa Shahul sudah memohon maaf secara terbuka kepada seluruh masyarakat India, terutama kepada penganut agama Hindu selepas rakaman video kenyataannya yang dianggap menghina kaum India, tersebar luas di Internet.
“MIPAS dan seluruh masyarakat beragama Hindu secara sebulat suara ingin mengatakan bahawa kes “Serbuk Kari” Shahul  tidak selesai begitu saja dengan sekadar memohon maaf.
“Kami tidak dapat memaafkan beliau kerana kenyataan beliau telah menyinggung perasaan seluruh masyarakat beragama Hindu serta tidak menghormati prinsip pertama Rukun Negara yang mendukung perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama,” katanya.

No comments:

Post a Comment