`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, August 1, 2014

Tunjuk Isyarat Lucah Kpd Raja Dihukum, Kalau Menteri Kpd Rakyat?

 Pemuda ini ditahan siang tadi (13 Februari 2013) dan dibicarakan di Mahkamah Majistret Balik Pulau

KL: Dimaklumkan bahawa pemuda yang menunjukkan isyarat lucah pada Seri Paduka Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah telah dihukum penjara 30 hari dan denda RM 8000. Hukuman itu dijatuhkan oleh  Majistret Muhamad Hidayat Wahab di Mahkamah Majistret Balik Pulau, Pulau Pinang.

Berikut adalah petikan daripada sebuah laman blog mengenai kejadian tersebut;
Pada jam 12:50 tengah hari sewaktu rombongan DYMM Raja Permaisuri Agong berada di Terminal Perlepasan LTAB Bayan Lepas, seorang lelaki telah menunjukkan isyarat lucah kepada kenderaan yang diniaki oleh DYMM Raja Permaisuri Agong.ASP Mohd Fakharuddin bin Abdul Hamid yang merupakan pengawal pengiring DYMM Raja Permaisuri Agong yang melihat gelagat lelaki tersebut telah keluar dari kenderaan pengiring dan merapatinya. 
Amaran telah diberikan kepada lelaki tersebut yang dia boleh ditahan dan ditangkap di bawah Seksyen 294 (a) KK.Bagaimanapun, lelaki itu mencabar pihak berkuasa agar menangkapnya.Apabila ASP Mohd Fakharuddin menghampirinya, lelaki tersebut terus memberikan isyarat lucah beberapa kali.Dengan bantuan anggota PGA, akhirnya dia ditahan dan digari bagi siasatan dan tindakan lanjut.
 Gambar Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah ketika di Pulau Pinang.Sumber : Facebook Ketua Menteri  Pulau Pinang




Manakala di George Town Pulau Pinang, Mahkamah Tinggi di sini semalam membenarkan permohonan semakan hukuman ke atas seorang juruukur bahan yang mengaku bersalah menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah dan seorang pegawai polis pada tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Wong Teck Meng turut memerintahkan Leong Pei Koe, 30, dibicarakan semula di hadapan majistret lain. Bagi pertuduhan pertama, Pei Koe didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada Tuanku Hajah Haminah ketika kenderaan rasmi baginda melalui balai pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas dekat sini pada pukul 11.50 pagi 11 Februari tahun lepas.

Dia turut didakwa melakukan kesalahan sama kepada pegawai polis Asisten Superintendan Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid di tempat, masa dan tarikh yang sama. Kedua-dua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Teck Meng berkata, kedua-dua pertuduhan yang dihadapi Pei Koe tidak digambarkan dengan jelas dalam fakta pendakwaan. (IH)

Bagaimana pula menteri  tunjuk isyarat lucah kepada rakyat?
  1. www.youtube.com/watch?v=2xV--vCSG3c   Cached
    The deputy prime minister, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, impliedly says the mentri besar of Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob, was right to make obscene ...
    1. www.youtube.com/watch?v=2xV--vCSG3c   Cached
      The deputy prime minister, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, impliedly says the mentri besar of Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob, was right to make obscene ...

ISU Jonker Walk yang dikhabarkan bakal ditutup oleh Ketua Menteri ...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.