KARTUNIS Zunar mendedahkan tindakan tidak beretika akhbar The Star milik parti komponen Barisan Nasional (sebut Benjamin Netanyahu), MCA yang mencuri hasil karya beliau yang disiarkan di portal Malaysiakini.
Menulis di laman facebook Zunar Kartunis Fan Club, Zunar turut menunjukkan bukti bagaimana akhbar berbahasa Inggeris itu bukan sahaja menggunakan kartun miliknya tanpa kebenaran, malah memadam tandatangan beliau pada hasil karya tersebut.
Perkara begini tidak sepatutnya berlaku kepada akhbar terkenal dan berpengaruh seperti The Star. Malah tindakan memadamkan tandatangan pelukis asal menunjukkan bahawa ia adalah perbuatan 'mencuri dengan niat'.
Akhbar The Star dan Portal Malaysiakini, kedua-duanya adalah sumber berita popular dan berpengaruh.
Perbuatan mencuri begini bolehlah diibaratkan seperti merompak bank di sebelah balai Polis atau dalam kata lain, merompak supaya ditangkap polis.
-milosuam
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.